Betul lah org ckp, kalau isteri tak happy, rumah kite takde aura . Bini aku sejak dua menjak ni asyik stress je. Aku kerja off shore. 3 bln kat laut, 3 bln kat darat. Jadi, aku habis duty dan stay kat rumah, masa kat rumah tu aku perhati je adik perempuan aku… tak sangka rupa-rupanya. Mari baca selebihnya di bawah.

ADIK AKU DAPAT KERJA BERDEKATAN RUMAH

Nak jadik cerita, adik aku dpt kerja area dekat2 rumah aku . Kire ok lah, aku ajak dia stay sambil boleh teman isteri dgn anak . Aku berlayar lah dlm masa 3 bln ni . Dua minggu lps aku turun. So blk rumah , isteri ok je. Tp blh nampak raut wajah dia yg stress tp dia senyum je lah.

Dalam masa hampir 2 minggu ni aku perhatikan adik perempuan aku punya perangai ..Harap muka je cantik putih tapi hmmmm perangai , kelaut betul. Nak jr aku humban perangai dia Kat luar tmpt aku keje tu. Kalau cuti, bgn pukul 12/1 . Bgn2 cari mkn Kat dpr.

Aku diam lagi. Lps tu bsh baju tinggal je dlm mesin, sampai isteri nk guna , isteri aku lah yg masuk kan baju dlm bakul.

“BEST KE TINGGAL SINI?”

Tgk TV, time masak dia dok lenjan dpn TV sambil main henset. Isteri Kat dpr masak. Aku perhatikan je … Sampai seminggu jugak lah. Satu hr aku tegur tanya happy ke stay umah ni. Dia ckp happy sebab sewa xpyh byr, xde dgr mak kami membebel2…aku jawab ooo… Happy lah …Tak rasa nk tlg Kak long ke? Dia jawab dia tlg masa aku Kat kapal dulu. Ni dia nk rehat2 lah sebab dia tgk aku dh tlg isteri kemas umah, jaga anak, masak.

Minggu lps jugak lah..cuti isteri tgh masak dia tgk TV. Aku gi dapur, aku tlg2 lps tu aku pesan Kat isteri, masak cukup2 je untk kite. Xpyah lebih. Isteri diam je lah. Masa mkn, aku ckp Kat adik aku, ko nk mkn g masak sediri, tadi Kak long ko masak , ko senang2 Kat dpn . Mencuka jr muke.. Mls masak , dia tibai meggi.

ISTERI STR3SS DENGAN PERANGAI ADIK IPAR

Kain baju dia jemur, dia tak angkat, aku larang isteri angkat. Biar kn je kena embun mlm. Dia sedap tdor magrib. Aku tanya isteri kenapa tak bagitau perangai hantu adik aku.. Isteri bls ,dia just ipar je… Rumah ni rumah abg dia, sapa isteri nk marah2. Kalu tegur takot disampaikan pada keluarga aku.

Patotlah setiap kali aku call, suara isteri mcm str3ss , penat..sekarang aku dh cari rumah sewa Kat adik aku. Dia dh dok luar. Pandai2 lah berdikari. Aku cuma perhati dr jauh je lah.. isteri pom nampak tenang, aura rumah pom rasa nyaman je…Bukan aku nk sebelahkan isteri tp kalau dpn aku pon dh tunjuk perangai…apatah lg kalo aku takde. Sumber Krt via edisi media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *