Beberapa orang bahkan ada yang kerap melakukan beberapa barisan rawatan untuk mempertahankan wajah cantiknya serta awet muda.

Namun ternyata ada beberapa yang tidak perlu susah-susah melakukan rawatan semuanya tetapi wajahnya sudah kelihatan awet muda.

Satu di antaranya yakni artis cantik yang berasal daripada Indonesia Putri Titian, yang merupakan isteri kepada Junior Liem.

Mungkin ada diantara kita yang mengenali mereka yang selalu menonton sinetron-sinetron. Sudah banyak yang mengetahui kalau Tian masih tetap kelihatan kebudakan meskipun wanita ini sudah pun nikah dan memiliki seorang anak.

Malah ketika dia sarat mengandung pun, wajahnya masih seperti seorang remaja sekolah menengah. Walhal wanita ini adalah kelahiran tahun 1991 yang mana sudah pun berusia 26 Tahun pada tahun ini (2018).

Hal ini juga masih bertahan sehinggalah ke saat ini, setelah anaknya, Theodore Iori Liem lahir.

Baru-baru ini dia memuatnaik gambarnya bersama Iori sedang duduk di sebuah sofa.

Pada gambar itu, kedua-duanya kelihatan secocok mengenakan pijama berwarna kelabu. Keduanya kelihatan sedang santai melihat ke arah depan sambil memuncungkan bibirnya.

Tian sedang duduk menyandar ke sofa dan bantal hijau di belakangnya. Sementara Iori pula nampak asyik duduk di kaki ibunya dengan wajah yang serius. Tanpa makeup, wajah Tian terlihat semakin kebudak-budakan.

“Mood : Pyjamas ol dey long,” tertulis pada gambarnya

Meski itu merupakan gambar ibu dan anak, namun net1zen turut salah fokus dengan wajah kebudakan Tian.

Mereka turut mengatakan jikalau Tian dan Iori di dalam gambar tersebut lebih sesuai dipanggil adik dan kakak daripada ibu dan anak.

Inilah diantara gambar-gambar Tian dan anaknya yang membuatkan anda mungkin akan melihatnya beberapa kali:

1. Kostum yang dipakai sangat comel

2. Geram bukan?

3. Kembar tidak seiras

4. Bersukan bersama-sama

5. Geram melihatnya!

6. Hampir menyerupai kakak dan adik

Betapa Mahalnya Harga Seorang Anak Sulung Dalam Adik Beradik atau Keluargamu.

Betapa Mahalnya Harga Seorang Anak Sulung Dalam Keluarga. Kasih sayang adik beradik sama ada anak sulung sehinggalah anak bongsu sememangnya pasti ada dalam sesebuah keluarga dan rasa kasih itu telah dipupuk oleh ibu bapa semenjak mereka masih kecil sehinggalah dewasa. Semua ibu bapa mengharapkan semua anakya berkasih sayang dan mengharapkan anak mereka akan kekal sayang sampai bila-bila.

Anak Sulung Paling Disayangi.
Anak sulung adalah anak yang paling disayangi pada awalnya. Ada yang direzekikan awal, ada yang direzekikan setelah bertahun. Jadi, kecintaan pada anak pertama itu melebihi. Namun, kasih terbahagi bila dapat adik. Berkurang lagi bila bertambah bilangan adik-beradik. Semakin hujung anak itu, makin disayangi. Signifikan, yang bongsu lebih dimanjakan. Yang awal-awal sudah semakin dewasa, kasih beralih pada yang lebih kecil.

Anak sulung.
Masa kecil, biasa saja abang atau kakak menyakat adik-adiknya. Itulah gurauan berkasih dalam keluarga. Kadang-kadang, bergaduh, kata-mengata, bertegang leher, tu lumrah dalam pertalian keluarga. Orang kata, lepas bergaduh, makin erat. Itu kasar pada kita. Tidak pada mereka.

Lain orang lain ragam, ada bahasakan “aku-kau”, ada bahasakan nama, ada panggil along angah. Berg4duh macam mana pun, biasanya anak sulung dan kedua lebih mengalah pada adik-adiknya. Awal-awal saja seperti rimau, sebenarnya di dalam kiut seperti kucing. Marahnya ada sebab kerana daya fikirnya lebih dulu matang dari adik-adik.

Pengorbanan.
Yang sulung-sulung abang kakak ni, nampak saja buat dono tak peduli. Tapi sebenarnya, adik-adik jadi prioriti. Ada abang kakak yang korbankan pengajiannya demi menyara adik-adik. Ada yang sanggup berlapar demi adik. Ada yang rela adik hidup senang, dia sendiri kais pagi makan pagi. Ada yang korbankan usia mudanya hingga tak berumahtangga demi adik-adik. Ada yang menjamin gadai nama demi adindanya. Pengorbanan ikhlas. Tiada mengungkit. Jika diungkit sekalipun, demi menyedarkan, bukan meminta jasa dibalas semula.

Pelindung.
Setelah ayah dan ibu, pelindung adik-adik adalah anak sulung abang dan kakak. Kata buruk pada adik-adik, merekalah yang dulu membela. Terjadi apa-apa musibah, merekalah yang tampil menjaga. Kadang-kadang, bila sakit pening adik-adik, yang duduk berteleku di samping adalah abang kakak picitkan kepala, tadah munntah dan tahan segala ragam adik-adiknya.

Terima kasih kerana bersusah payah menjaga dan bersabar. Andai ikut turutan umur, logiknya yang tua-lah akan pergi dulu tinggalkan adik-adiknya.Hargailah abang dan kakak kita. Merekalah yang tempuh fasa jatuh bangun bersama ayah ibu di awal membina kehidupan berkeluarga. Biarlah adik-adik nikmati dan kecapi era senang selesa.

Rahsia Perangai Anak Sulung, Tengah, Bongsu & Tunggal. Anda Yang Mana Satu dalam Adik Beradik kamu.

Setiap orang pasti ada perangai dan sikapnya yang tersendiri, sama ada negatif atau positif. Yang pastinya apabila mempunyai anak yang ramai, bermacam-macam perangai dan ragam dapat dilihat dari setiap anak.

Anak Sulung.
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sampailah dia dapat adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada anak sulung:
Dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.sering berjaya dalam hidup.lebih pandai mengambil hati orang tua. mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah.
Biasanya anak tengah punya perangai lebih pel1k sedikit dari anak-anak yang lain. Tak suka dihalang tapi suka berdikari dan membuat hal sendiri. Golongan anak tengah selalunya banyak mengalah kepada si sulung atas arahan atau dengan si bongsu sebab tak nak keruhkan keadaan. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Jadi anak tengah suka cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada anak tengah:
Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain. lebih percaya dengan keyakinan
sendiri.suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri. sering merasakan diri mereka terpinggir. terlalu mengalah

Anak Bongsu.

Golongan anak bongsu perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya. Itu yang jadi nampak manja dan dapat apa saja yang dia sebut!

Ciri-ciri yang ada pada anak bongsu:
Happy go-lucky dan yakin diri. manja. berkeinginan dan bercita-cita tinggi. sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal.
Dalam banyak kategori, mungkin ramai nak menjadi anak tunggal dan anggap seronok memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Tak perlu berebut malah mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa.

Ciri-ciri yang ada pada anak tunggal:
Sering merasakan diri mereka kesunyian. Lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai. lebih bijak bergaul. Lebih cepat matang. terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat. sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *