Ulangtahun kem4tian ibu dan ayah aku tak lama lagi. Dan bila makin dekat makin terasa rindu. Yes, anda baca betul. Ibu ayah aku adalah m4ngsa H1V. Aku tak tahu kalau cerita aku ini boleh memberi semangat kepada mereka yang pernah menjalani kehidupan yang sama dengan aku. Untuk menerima kenyataan dan redha dengan ketentuanNya.

Ibu ayah aku orang yang baik-baik. Jangan salah sangka dengan mereka yang menghidap H1V. Bukan semua penagih d4dah, bukan semua mengamalkan s3ks bebas. Mereka adalah m4ngsa dari segi kebersihan perubatan tradisional yang ibu pernah pergi berubat masa dulu-dulu. Aku difahamkan jarum akupuntur yang digunakan mungkin tidak bersih sepenuhnya dan digunakan untuk rawatan ibu. Aku tak salahkan mereka. Tahun 90an, pengetahuan mengenai jangkitan H1V masih kurang, dan aku masih bayi lagi untuk menghalang. Kalau sekarang, memang kena halang kaw-kaw laaa.

Dari pertama kali aku mengetahui ibu mempunyai H1V ketika beliau sudah men1nggal dunia. Setelah hampir 2 tahun beliau men1nggal, aku melawat kvbur ibu sebelum sambung belajar untuk degree. Selesai melawat kvbur ibu, ketika dalam perjalanan pulang, ibu saudara aku membuka topik mengenai penyakit ibu. Saat mengetahui, dunia terasa gelap, aku terdiam. Nak marah? Nak menangis? Nak sedih? Tujuan ibu saudara aku hanyalah untuk memujuk aku agar melakukan pemeriksaan untuk H1V juga. Takut aku terjangkit kerana sebelum ibu men1nggal, aku menjaga dia sehingga ke akhir hayat. Aku tak marah ibu. Sebab aku tahu ibu orang yang baik, yang setia.

Pulang ke asrama, aku masih terfikir samada perlu atau tidak aku melakukan pemeriksaan. Aku pergi ke klinik universiti untuk minta pendapat doktor. Doktor menyuruh aku melakukan pemeriksaan d4rah, kerana potensi untuk berjangkit itu ada. Tapi aku takut. Aku takut kalau aku positif, aku belum bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan sekalipun. Aku tak sanggup. Selama 4tahun, aku tak buat sekali pun checkup. Terasa selfish pulak bila fikir balik. Kalau aku positif masa tu, dah berapa banyak potensi untuk jangkitkan kepada orang lain.

Dan bila aku tahu ibu adalah m4ngsa H1V, automatically aku tahu ayah juga terjangkit. Sebenarnya selepas pulang dari kvbur ibu, aku call ayah. Aku menangis minta dia jelaskan hal sebenar. Aku menangis minta dia buat pemeriksaan juga. Tahu tak betapa takut nya aku masa tu. Bukan takut pandangan orang, tapi takut kehilangan orang yang kita sayang. Sebab aku tahu penyakit itu tiada ubatnya. Aku tahu penyakit itu akan tinggal dalam badan kita buat selamanya. Ayah aku pujuk aku, cakap nanti dia akan buat pemeriksaan. Tapi lepas dari tu, kami tak pernah bercakap hal tu lagi. Dan aku sendiri faham.

Lepas aku habis belajar, aku tinggal dengan ayah aku. Masa awal-awal pindah masuk, ayah aku come clean cakap dengan aku yang dia adalah pos1tif H1V. Aku cakap aku dah tahu dan aku dah agak dah. Maybe ayah lupa kot perbualan kitorang dulu-dulu yang part nangis-nangis tu. Aku cakap la aku tak kisah pun. Dia still ayah aku. Aku masih anak dia. Tanggungjawab aku makin tinggi untuk jaga dia. Tapi sebenarnya tak susah pun jaga orang sakit tu. Memang takde pantang apa-apa, takde nak asingkan apa-apa.

Makan lauk yang sama, pinggan yang sama, aku suap ayah, ayah suap aku. Ayah aku masak, aku makan je tanpa was-was. Basuh baju pun takde asing-asing. Sumbat sekali je masuk. Pendek kata, tak ada yang perlu sampai nak asingkan teruk-teruk.

Cumanya ayah aku cukup pantang kalau main dengan d4rah. Pernah sekali tu aku tukar jarum insulin dia, aku tercvcuk jarum tu kat tangan aku, dia cukup marah kenapa aku cuai tukar jarum sampai ccuk jari sendiri. Padahal yang sebenarnya aku terccuk jarum yang bahagian dalam yang cvcuk kat stok insulin tu, bukan yang jarum cvcuk kulit. Jarum insulin ada 2-sided. Satu utk cvcuk dalam kulit, satu utk cvcuk dalam ubat insulin tu.

Dia punya muka ketat nak marah tu, aku pun takut. Haha. Tapi aku sempat lagi cakap dengan dia, ok la. Kalau kena pun, tak payah kahwin, boleh jaga abah sampai bila-bila. Lagi kena bebel ade lah, dia bising cakap ingat senang ke nak duduk sorang-sorang sampai tua. Ayah aku menduda ni pun nasib la ada kawan-kawan, ada anak-anak. Ayah aku tanya, lepas ayah dah men1nggal hang nak buat apa? Sengih aku jawab buat laaa apa-apa. Bela kucing banyak-banyak ke. Hehehe.

Aku jarang dapat ikut ayah aku checkup penyakit dia, tapi aku akan selalu tanya dia setiap kali lepas balik hospital. Lepas balik terus tanya, macam mana bacaan hari, dah turun ke, naik ke. Ayah aku ada makan ubat hospital yang kawal v1rus tu dari terus membiak. Kena makan setiap 12jam. So, setiap 9pagi dan 9malam jadual makan ubat dia. Aku kat tempat kerja pun akan set alarm 9pagi, call dia untuk pastikan dia makan. Kalau dia makan elok setiap 12jam, mesti bacaan akan turun. Kalau asyik terlepas ke apa, bacaan akan naik sikit. Sampailah satu tahap, v1rus tu dah undetectable. Kiranya tu tahap yang paling ditunggu untuk penyakit ni. Still kena makan ubat macam biasa, still kena berhati-hati dengan open wound, d4rah dan sebagainya. Cuma bezanya v1rus tu dah sampai tak boleh kesan dalam d4rah.

Aku jaga ayah aku sampai hujung nyawa dia. Dan dia men1nggal sebelum dapat tengok aku berkahwin. Walaupun sedih, tapi aku tahu penyakit ini memang akan start serang organ dalaman badan. Cuma cepat atau lambat. Kes ayah aku cepat disebabkan beliau ada penyakit buah pinggang. Tapi tak mengapalah, yang penting kedua ibu ayah dah selamat di sana. Tinggal aku atas bumi ni sorang-sorang. Sobsob~

Lepas ayah aku men1nggal, aku jumpa jodoh. Moment of truth. Sebelum kahwin kena buat H1V test. Aku terlalu cuak. Terlalu takut. Macam mana kalau positif, confirm mamat ni taknak kahwin dengan aku, apa aku nak buat? Nak lari ke mana? Dah macam-macam dalam kepala aku sementara nak tunggu result. Bila dah dapat result, doktor panggil kami berdua masuk bilik. Bila masuk, doktor bagi surat dengan suami aku, ok semua ok. Boleh kahwin. Bila part aku, doktor mumble aku tak dengar, lepas tu dengar dia cakap, proceed her blo0d for further test. Rasa terhenti jantung aku masa tu. Terus automatik menangis. Thing aku paling takut ada depan mata.

Doktor tu cuak, aku siap suruh laki aku keluar dulu. Nasib doktor perempuan jugak. Dia tanya kenapa menangis. Aku cakap lah ‘ both my parents are H1V positive ‘. Boleh dia cakap, and then kenapa? Saya suruh further test bl0od awak untuk thalassemia sebab d4rah putih awak tinggi. Ya Allah masa tu, aku terasa macam awam hitam atas kepala hilang. Lega tersangat. Doktor tu tanya aku, bakal suami aku tak tahu ke? Aku cakap belum. Aku tak tahu nak bagitahu ke tak. Aku taktahu macam mana nak bagitahu. Tak tahu respon. Takut. Semua ada. Penerimaan orang berbeza dengan penyakit ni.

Sempt doktor tu membebel, jangan la berahsia dengan suami. He should know about this. Panggil dia masuk balik, muka dah blur + terpinga kenapa aku nangis bagai. Doktor cover line cakap aku nangis sebab masalah period aku yang tak betul, takut tak boleh pregnant. Haha. Tapi aku bagitau suami aku lepas 4 bulan kahwin. alhamdulillah, dia terima berita tu dengan hati terbuka.

Walaupun pun ibu ayah aku ada H1V, bukan alasan untuk aku hilangkan tanggungjawab sebagai anak. Aku redha dengan ujian Dia. Ujian untuk ibu ayah aku. Malahan ujian ni merapatkan aku dengan ayah dengan lebih baik. We share everything, tiada rahsia sebab the darkest secret dia pun aku dah tau. Antara anak-anak dia, aku seorang je tahu pasal penyakit tu. Bila tanya kenapa taknak bagitahu yang lain, dia jawab biarlah. Dia tak nak susahkan anak yang lain. Aku lagi rasa bertuah kot sebab dapat berbakti dengan dia lebih. Dapat faham dia lebih. Sebab tu bila ayah men1nggal, aku terduduk. Hilang arah, patah semangat. Walaupun pun aku jaga kedua ibu ayah hingga nafas terakhir, terasa banyak yang aku tak sempat buat dengan mereka. Well, thats another story.

Aku tahu ramai yang ada parents with H1V, anak with H1V. please. Jangan sisihkan mereka, bantu mereka. They can live like us. Macam orang normal biasa. Tak perlu mengasingkan mereka dari masyarakat. Aku pernah teman ayah sekali checkup, masuk bilik doktor, dia terkejut ayah aku bawak anak. Doktor tu tanya ayah ‘ does she know?’. Ayah aku cakap “it’s okay. She know everything”. Doktor tu cakap memang jarang sangat ada family member yang bagi support macam ni. Well, sakit atau tak, dia tetap ayah aku.

Untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga positif H1V, redha dengan ketentuanNya. InsyaAllah akan dipermudahkan bila kita ikhlas dan redha menerima. Ujian manusia takkan sama. Don’t judge them. Jangan bercakap mengenai salah mereka yang dulu. Pegang tangan mereka dan jalan bersama-sama. Trust me. Untuk ujian ini, mereka sangat memerlukan sokongan yang tersayang. Ujian penyakit ini terlalu besar. Don’t ever walkaway from them. Let them know we still love them no matter what happened.

Doa yang baik-baik untuk semua. InsyaaAllah

– Puan Bee via iium confession via edisimedia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *