Wan Syahera Putri Aprena Binti Wan Syahman (lahir 25 April 1993) atau lebih dikenali sebagai Aprena Manrose merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan adalah anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahy@rhamah Rosnah Mohd Noor. Kakaknya, Octovia Manrose juga merupakan seorang pelakon.

Beliau mula mencipta nama setelah berjaya membawakan watak antagonis bernama Suraya di dalam drama slot Akasia TV3, Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dan kini beliau membintangi drama Tiada Arah Jodoh Kita sebagai watak utama bernama Afia Awliya digandingkan dengan Shukri Yahaya yang juga ditayangkan di slot Akasia TV3.

Memiliki rupa paras yang cantik dan tubuh badan langsing, pelakon Aprena Manrose sering dilabelkan sebagai ‘anak dara’ dek personalitinya.

Tapi, tahukah korang, sebenarnya anak jati negeri Kelantan itu sudah bergelar isteri kepada usahawan, Mohd Afiq Hazman.

Malah, pelakon cantik itu sering saja memuat naik gambar lelaki tercinta itu di media sosial miliknya.

Jadi, jom min kongsikan antara gambar mereka berdua sebagai pasangan suami isteri.

Sweet sungguh!

Untuk rekod, Aprena dan Afiq selamat diijabkabulkan pada November 2016 di Kuala Selangor.

Foto : IG Aprena/Afiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *