Rita membina nama sebagai pelakon sejak tahun 2000. Drama pertama lakonannya adalah Dulang Wan Chu arahan Ismail Yaacob. Sejak itu Rita membintangi puluhan drama TV dan drama bersiri. Seringkali menjadi pilihan untuk memegang watak utama.

Di layar perak, Rita diperkenalkan menerusi filem Mendam Berahi, namun kutipan filem tersebut tidak memberangsangkan. Pada 2003, Rita muncul menerusi watak perempuan anak dara tua yang kepoh dalam filem Mami Jarum Junior yang melayakkan beliau tercalon untuk kategori Aktres Terbaik – Festival Filem Malaysia ke 17 bersaing bersama-sama Amy Mastura (Bintang Hati), Maya Karin (Pontianak Harum Sundal Malam), Janet Khoo (Paloh) dan tewas kepada Nasha Aziz (Trauma).

Namun pada 2003, Rita berselisih faham dengan David Teo serta syarikat pengurusan serta penerbitan filemnya Metrowealth Movies Production setelah Rita menarik diri daripada memegang watak pembantu dalam filem Cinta Kolestrol (watak itu diganti oleh aktres Aleeza Kassim). Akibatnya, kerjaya lakonan Rita di layar perak mula suram akibat campurtangan beberapa pihak yang mempersoalkan isu kontrak Rita bersama produksi tersebut.

Isu itu selesai secara baik, dan kerjaya lakonan Rita mula menyinar pada 2005 setelah membintangi drama Rafflesia. David Teoh mula berhasrat untuk menyunting semula Rita untuk filem-filemnya pada 2007 setelah aktres itu kembali ke puncak populariti.

Terbaru, Rita Rudaini menerusi entri terbaru nya dengan kapsyen :

” Mommy : ryan, jersey baru mommy xbeli, ok? ( dgn muka sedikit konpiden sambil hulur jersey Daddy dia walaupon besar ).. ”

” Ryan : its okay mommy,it’s a malaysian jersey too…. im ok with that mommy (dgn muka cool dia) ”

”Mommy : (muka bangga) ”

” Bangga mommy, ada anak2 yg tidak meminta2… yg slalu ber sederhana… yg slalu menghormati perasaan mommy… yg lembut hati…. ”

” x kisah lah jersey baru ke jersey lama ke, tp itu satu2 nya jersey yg Daddy tggal… dan satu2 nya sentimental value dan kenangan utk korang tau .. yg dia adalah DADDY korang… gud luck MY.. ”


Rata-rata netizen sebak dengan perkongsian Rita. Antara komen-komen netizen :

” Berhabukkkkk plak da kat office nie… Adoiiii.. ”

” Tetiba sebak plak bce status nie..”

”Allahumma aameen. Smg Rayyan akan menjadi footballer yg tinggi takwa disegani kawan dan lawan. One fine day inshaAllah. Aameen yaa rabb.”

”Semoga dia jadi pemain bola hebat suatu masa nanti. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. ”

”Terharu sgt2 dgn coretan @ritrud727 Semoga Ryan sukses dunia akhirat…”

”Trharunya. moga sis dan ank2 sntisa tabah dgn dugaannya.. Allah xkn mguji hmbanya dluar kemampuan.. sya doakn ada sinar 1hari nanti.. amin ”

”Sedih tgk gambar ni. Auntie doakn Ryan & Adik jadi ank soleh & menjadi pemain bola yg hebat..”

Semoga Rita Sentiasa tabah dalam kehidupan seharian dan doa min tidak lain selain mendoakan kejayaan dunia akhirat buat Rita Sekeluarga.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : IG ritrud727

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *