Foto hiasan

Bersempena majlis konvokesyen yang masih lagi berlangsung di kebanyakan universiti awam, pastinya kehadiran ibu bapa yang ingin menyaksikan majlis bersejarah anak pastinya adalah moment yang ditunggu-tunggu setiap yang bergelar ibu bapa.

Namun, bagaimana pula jika si anak tegar membiarkan ibu duduk di luar dewan, semata-mata ingin memberikan tiket masuk ke dewan konvokesyen kepada teman lelaki… begitulah kisah yang diceritakan oleh seorang lelaki yang WhatsApp statusnya telah tular di laman sos1al.

“Ner4ka kau dik, kau tinggalkan mak kat luar dewan, sebab nak bagi pakwe masuk tengok kau konvo…” – Netizen

Bagi tiket konvo kat pakwe

Seperti yang diketahui, dalam majlis konvokesyen pihak universiti hanya melimitkan dua atau tiga tiket kepada seorang graduan untuk membawa dua orang tetamu sahaja dibenarkan untuk masuk ke dalam dewan konvokesyen.

Kebiasaannya tiket konvo akan diberikan kepada ibu bapa, namun berlainan pula dengan gadis ini.

Bagi pakwe masuk dewan tengok dia naik pentas

Belum sah lagi, kau dah ketepikan mak kau!

Selepas Story WhatsApp tersebut tular di laman sos1al, di Twitter Tweet tentang kisah tersebut telah mendapat kritikan. Sikap yang disifatkan mementingkan diri sehingga membiarkan ibu tinggal di luar dewan bagi membolehkan teman lelakinya masuk ke dewan menyaksikan si gadis naik ke pentas konvokesyen amatlah dikesali oleh netizen.

Kau tak rasa hilang ibu lagi, dik!

Anak jenis apa kau ni dik?

Orang yang takde mak ayah, nak sangat parents tengok anak ambik scroll. Tapi kau?

Pakwe kau memang takde common sense ke?

Husnuzonlah, mungkin sebab mak dia taknak masuk dewan

Dalam pada kecaman yang diberikan kepada gadis itu, ada juga pengguna Twitter yang meminta netizen untuk berhusnuzon terhadap perkara ini.

Mungkin ibunya sendiri yang tidak mahu masuk ke dewan, atau si anak ada masalah dengan ibunya.

Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kita menjadi anak yang derh4ka kepada kedua ibu bapa kita. Sebagai seorang anak, hendaklah kita menjaga diri agar tidak terjerumus di dalam perkara-perkara berikut;

#1 – Mendatangkan Rasa Sedih Menerusi Perbuatan Atau Perkataan

Pernah seorang lelaki menemui Rasulullah untuk memberitahu baginda yang dia akan mengikuti baginda berhijrah ke kota Madinah dalam keadaan ibu bapanya berasa sedih dan menangis.

Rasulullah memintanya untuk kembali semula kepada ibu bapanya dan menggembirakan mereka. Berbakti kepada kedua ibu bapa juga merupakan suatu jihad kerana tenaga, masa dan wang turut dik0rbankan dalam tempoh itu.

#2 – Melakukan Kejahatan Di Hadapan Mereka

Perbuatan-perbuatan seperti meminum arak, mengabaikan solat, melakukan maks1at dan sebagainya yang dilarang Allah, jika dilakukan di hadapan ibu bapa mereka atau diketahui mereka pasti akan menimbulkan kemarahan dan kekecewaan.

Namun, jika kedua ibu bapanya bersama-sama dengan anak dalam perbuatan itu, maka ibu bapa juga terlibat dalam perbuatan jahat.

#3 – Tidak Mengakui Dan Mengabaikan

Kesibukan anak-anak mengejar dunia menyebabkan ada di antara mereka mengabaikan ibu bapa sendiri. Kewujudan rumah jagaan bagi warga emas telah diambil kesempatan oleh sesetengah anak yang mahu melepaskan tanggungjawab mereka.

Ibu bapa yang sudah uzur ditinggal dan dibiarkan di rumah orang-orang tua demi kepentingan duniawi. Tindakan memutuskan hubungan dengan ibu bapa ini adalah satu penderhakaan seorang anak kepada mereka yang melahirkan dan membesarkannya. Oleh itu, Allah akan membalas perbuatannya di dunia serta akhirat kelak.

#4 – Melebihkan Isteri Berbanding Ibu Dan Bapa

Keadaan ini amat berleluasa pada masa ini. Kisah terkenal mengenai Juraij yang meneruskan solat sunatnya sedangkan ibunya memanggilnya sudah menunjukkan kepentingan seorang ibu.

Pada masa ini, seorang suami bukan sahaja melebihkan isteri berbanding ibu bapanya, malah dia juga turut melebihkan isteri yang derhaka kepada dirinya sebagai seorang suami.

#5 – Tidak Menziarahi Dan Menghubungi Tanpa Alasan Kukuh

Ada segelintir anak-anak yang berasa malu untuk mengakui diri mereka sebagai anak kepada ibu bapa mereka. Mereka menjadi bongkak dengan dunia yang hanya pinjaman.

Sesuatu hubungan itu terutama dengan ibu bapa adalah penting untuk dijaga sebaiknya. Para sahabat Rasulullah s.a.w tahu akan kepentingan menjaga silaturrahim dan berusaha untuk mengutamakannya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentuk mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka, sebagaimana mereka telah mendidik aku waktu kecil.”Surah al-Isra’: 23-24

Sumber : Twitter Embun Karina via OMM,tzkrh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *