Intan Najuwa binti Abdul Wahid atau dikenali sebagai Intan Najuwa (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, sebagai Sharina dalam Khabar Dari Casablanca, dan juga sebagai Hanan Khaira dalam Kekasih Paksa Rela gandingan bersama Remy Ishak. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis blog.

Dengan berbekalkan wajah seiras Wawa Zainal, Intan Najuwa memulakan kerjaya lakonan pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures. Beliau mula mendapat perhatian umum menerusi watak sebagai Abby dalam drama adaptasi novel karya Dekna Lee, Hantu Punya Bos. Pada 2017, beliau berlakon bersama pelakon senior Remy Ishak dalam Kekasih Paksa Rela, memegang watak sebagai Hanan Khaira.

Pelakon Intan Najuwa menarik perhatian netizen apabila mendedahkan dia tidak tahu cara untuk mengisi minyak kenderaannya.

Hal itu ekoran ketiadaan pembantu peribadinya (PA) yang kini sedang bercuti.

“Today hidup I sangat huru-hara, sebab PA I cuti. I nak isi minyak kereta pun tak tahu macam mana.

“Teruknya hidup Ya Allah,” katanya menerusi sepotong rakaman video di Instastories miliknya semalam.

Video itu bagaimanapun kini tular di Twitter dan mengundang pelbagai cemuhan dalam kalangan netizen.

Ada yang menyifatkan pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu sekadar cantik namun gagal dalam hal kemandirian hidup.

Oktober lalu, nama Intan Najuwa menjadi sebutan apabila dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberikan keterangan sebagai saksi berhubung prosiding kes dadah.

Sumber : gempakk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *