Jika melihatkan filem yang melibatkan aksi kung-fu nama-nama seperti Jackie Chan, Michelle Law, Datuk Michelle Yeoh antara nama yang popular dalam industri ini. Begitu juga dengan Li Lianjie atau lebih dikenali sebagai Jet Li.

Wajah Terkini Jet Li Menggemparkan
Pelakon aksi itu bukan sahaja terkenal di China malah boleh dikatakan terkenal diseluruh dunia apabila mula beraksi dalam filem Hollywood seperti Lethal Weapon V dan Expendables 2. Berbanding Jackie Chan yang aktif sehingga ke hari ini, ‘kehilangan’ Jet terjawab apabila gambar terkininya menggemparkan seluruh dunia dimana menampakkan dia kelihatan uzur dan terpaksa dibantu untuk bergerak.

Kesihatan Semakin Merosot
Jet yang kini berumur 55 tahun dikatakan sedang bertarung melawan penyakit hipotiroidisme dan masalah tulang belakang yang semakin serius sejak lima tahun lalu.

“Beberapa tahun lalu, saya tidak mampu melakukan aktiviti fizikal mencabar disebabkan keadaan dialami ini. Doktor sudah memberi amaran pada 2013 bahawa saya mungkin berakhir di kerusi roda jika kekal melakukan aksi lasak fizikal dalam filem,”

Mengenai penyakitnya, ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Jet pernah bercakap secara terbuka di sebuah majlis rasmi mengenai penyakit dihidapi selepas tidak lama muncul di khalayak ramai.

Malah, dia juga pernah mendedahkan mengidap penyakit tiroid pada 2010 dan sudah mengambil pelbagai ubat untuk rawatan namun tidak menunjukkan perubahan lebih baik.

“Saya hanya manusia biasa, bukan Wong Fei-hung atau Huo Yuanjia. Saya sama seperti kamu,”

Hipertiroidisme boleh menyebabkan metabolisma tubuh dan kadar degupan jantung pesakit berubah dan selalunya dirawat dengan pengambilan ubat. Selain itu, penyakit tulang belakang yang dialami akibat kecederaan lampau ketika melakukan aksi lasak sejak lewat 1970-an sehingga awal tahun 2000 menyebabkan dia tidak mampu berdiri lama.

Sumber : Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *