PENYANYI Masya Masyitah berkata ibunya iaitu Zalilah Mat Noor menjadi tempat dia meluahkan perasaan dan berkongsi hal peribadi termasuklah soal cinta.

Meskipun sentiasa ditemani ibu, Masya atau nama sebenar Siti Nurmasyitah Yusoff, 18, memberitahu dia tidak pernah berasa dirinya dikongkong.

“Saya berasal dari Kulim, Kedah, apabila merantau ke Kuala Lumpur, ibu yang menemani saya di sini. Ke mana sahaja saya pergi, dia akan temankan dan saya rasa lebih selesa jika ada ibu bersama.

“Tak pernah rasa terkongkong atau disekat, malah, rasa lebih selamat dan senang untuk berkongsi masalah dan bertanyakan pendapat termasuklah soal cinta.

Masya bersama ibu kesayangannya.

“Kalau ada yang hantar mesej peribadi cuba ‘mengorat’ di Instagram pun ibu akan tahu dan dia kenal semua kawan-kawan saya,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, penyanyi yang mula dicungkil bakat menerusi program realiti Ceria Pop Star musim kedua pada tahun 2014 ini mengakui pernah dilamar suami orang.

Menerusi mesej peribadi di Instagram, lelaki tersebut meluahkan hasrat untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

“Pernah ada kejadian seorang suami orang cuba mengorat saya di laman tersebut. Dia menyatakan minat untuk kenal saya.

Masya bersama rakan artis, Ara Johari.

“Apabila saya stalk, rupanya dia dah kahwin. Saya terus jauhkan diri. Tak mahu mengganggu rumah tangga orang lain.

“Kalau tanya ciri-ciri lelaki pilihan saya mahu yang masih bujang, tinggi, baik, bertanggungjawab, beriman dan tidak merokok,” katanya.

Bercakap mengenai karier nyanyian, Masya kini sedang sibuk mempromosikan single baharu berjudul Halimunan ciptaan Omar K , Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

Video muzik lagu tersebut telah dimuat naik di Youtube dan telah menerima lebih satu juta tontonan sejak Oktober lalu.

“Ni Kaki Ke Tiang Signboard,”- Promosi Lagu Di TV, Seluar Ketat Masya Masyitah Jadi Bahan Jenaka
Baru-baru ini penyanyi cilik, Masya Masyitah telah menjadi tetamu undangan untuk Hlive.

Masya telah diundang ke program tersebut untuk mempromosikan single terbarunya bertajuk Halimunan.

Bagaimanapun, juara program realiti Ceria Pop Star itu menerima kritikan netizen yang menyifatkan seluar yang dipakai terlalu ketat.

Malah, mereka turut menganggap imej tersebut tidak sesuai digayakan dengan imejnya yang hijab.

Beberapa gambar juga telah tular di laman Facebook dan menjadi bahan jenaka netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempertahankan Masya dan memintanya supaya lebih berhati-hati memilih gaya fesyen pada masa akan datang.

Bagi MH, tak salah untuk kita menegur seseorang artis itu, tetapi hendaklah berkhemah supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.

Foto: Instagram Masya Masyitah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *