Kebelakangan ini, ramai wanita yang ingin berkahwin dengan lelaki yang kaya, ada rumah, ada kereta dan sebagainya dengan tujuan supaya hari-hari yang dilalui selepas itu bahagia dan tidak perlu lagi hidup susah. Tetapi berbeza dengan wanita ini.

Boleh dikatakan orang di negara Asia Timur seperti Hongkong, Taiwan dan lain-lain pernah memakan wantan buatannya. Dia adalah pengasas wantan Wanchai Wharf, Madame Chong.

Sewaktu mudanya, dia seperti semua gadis yang lain, ingin mencari lelaki kaya dan baik untuk dijadikan suami dan memiliki kehidupan yang bahagia. Tetapi, takdir hidupnya tidak seperti yang diinginkannnya.

Chong dilahirkan di dalam sebuah keluarga miskin di Rizhao, wilayah Shandong pada tahun 1945. Pada usia yang masih kecil dan belum memahami apa-apa, dia perlu bekerja untuk membantu ibubapanya. Pada usia 14 tahun, ayahnya tiba-tiba pergi dan tidak kembali lagi. Untuk menampung kehidupan mereka, ibunya membawa mereka adik beradik untuk bekerja di Qingdao. Kerana tidak tahan melihat ibunya bekerja seorang, dia mengambil keputusan berhenti sekolah dan bekerja sebagai jururawat.

Semasa bekerja sebagai jururawat itulah, Chong berkenalan dengan seorang lelaki dari Thailand yang kemudian menjadi suaminya. Pada ketika itu, dia beranggapan Tuhan telah melihat segala kesusahannya dan menghantarnya seorang anak raja. Selama 6 tahun dia hidup bahagia dengan suaminya dan mereka dikurniakan 2 orang anak.

Pada tahun 1974, suaminya tiba-tiba berkata ingin balik ke Thailand dan berjanji untuk membawa Chong bersama dua anak mereka selepas itu. Dia yang mempercayai suaminya merelakan keadaan itu. tetapi selepas 3 tahun suaminya tidak kunjung tiba. Apa yang menyeedihkannya ialah dia mendapat tahu suaminya telah berkahwin lain dan mempunyai seorang anak lelaki.

Selepas itu dia membawa kedua anaknya berhijrah ke Hongkong berbekalkan wang sebanyak 400 Dollar Hk(lebih kurang RM120). Ketika sampai di Hong Kong, dia mmemikirkan yang dia tidak akan kembali lagi ke China kerana sudah kehabisan duit. Mereka hanya tidur dan tinggal di tepi jalan tetapi kekuatannya membuatkan dia berusaha untuk menghidupkan kedua anaknya biar apapun yang terjadi.

Akhirnya Chong menyewa sebuah bilik kecil seluas 4 meter persegi di Causeway Bay. Untuk menampung kehiodupan mereka sekeluarga, dia hanya tidur selama empat jam sehari, dan menghabiskan waktu selebihnya untuk bekerja.

Namun, ibarat sudah jaatuh tertimpa tangga. Chong tidak sengaja mengalami kemalaangan ketika bekerja, dan lebih malaang lagi majikannya bukan sahaja tidak mahu bertanggungjawab malahan telah memecaatnya. Dia berbasib baik apabila seorang peguam yang baik hati apabila sanggup menuntuut keadilan untuknya.

Akhirnya dia mendapat kembali gajinya selama beberapa bulan sebanyak 4000 Dollar HK(RM2130) dan wang papasan sebanyak 30,000 Dollar HK(RM16,000).Tetapi dia tidak mahu menerima wang pampasan tersebut kerana beranggapan “maruah adalah lebih penting daripada wang”.

Kerana kesihatannya yang kurang baik, Chong tidak dapat lagi bekerja seperti sebelumnya. Satu hari kawan-kawannya datang melawatnya, dia telah memasak wantan dan memberi mereka makan. Semua rakan-rakannya memuji wantan yang beliau masak dan menyuruh dia membuatnya untuk mereka beli.

Atas nasihat seorang rakannya, dia mencuba nasib untuk menjual wantannya di kawasan tempat tinggalnya. dari situ, wantannya mula terkenal dan menjadi buah mulut ramai orang kerana kesedapannya. Ramai orang yang beratur untuk membeli wantannya.

Pada tahun 1983, pemilik pasaraya Store Jepun, Daimaru menemui Chong dan berkata bahawa dia ingin bekerjasama dan menanam modal supaya wantan Chong dipasarkan di pasarayanya. Pada mulanya Chong menolak kerana merasakan dia ingin memajukan perniagaannya sendiri tetapi syarikat tersebut yang terus memujuknya, akhirnya Chong setuju untuk bekerjasama dengan mereka dan menjual wantan ‘sejukbeke’ dengan jenama ‘Wanchai Wharf’.

Sekarang, wantan Wanchai Wharf tidak lagi hanya berada di Hong kong, tetapi sudah ada di mana-mana. Tidak disangka Chong yang pada mulanya ditiinggalkan oleh suaminya dan hidup di jalanan bersama kedua orang anaknya yang masih kecil, kini telah menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan pendapatan tahunan mencecah 6 juta dollar US (RM25,070.000). Sungguh luar biasa!

Begitulah jika kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri, kejayaan akan pasti datang pada akhirnya! Semoga kisah ini menjadi inspirasi bagi kita semua!

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Ciungwanara Beritakopak

Sumber : toutiao

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *