Pada 13 Oktober 2017, selepas 11 tahun berkahwin, Datuk Siti mengumumkan yang beliau kini disahkan hamil empat bulan di dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Ini merupakan kehamilan beliau buat kali kedua dan yang pertama selepas mengalami keguguran pada Disember 2015. Beliau turut umumkan akan berehat panjang daripada kerjayanya bagi menumpukan perhatian pada kehamilannya.

Pada 11 Januari 2018, Siti mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan. Perkara itu disahkan oleh beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menerusi satu entri di akaun Instagram.

Beliau selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulungnya pada jam 8.17 pagi, 19 Mac 2018 di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur dengan beratnya sebanyak 3.55 kg secara pembedahan. Menurut anak tirinya, Asyraf Khalid nama bayi itu akan bermula dengan “Siti” tetapi nama penuhnya masih belum diumumkan dan meletakkan nama timangan sementaranya sebagai Fatimah Az-Zahra yang diambil daripada nama puteri Rasulullah SAW.

Pada 25 Mac 2018, Siti dan Khalid telah menamakan bayi mereka sebagai Siti Aafiyah, bersempena dengan doa Nabi Muhammad.Pada 30 Mac, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid mengadakan majlis tahnik, cukur rambut dan aqiqah bayi mereka yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Terbaru, Dato Sri Siti Nurhaliza menerusi entri terbarunya memuatnaik video durasi pendek bersama Suami dan Siti Aafiyah. Rata rata netizen geram dengan kecomelan Siti Aafiyah.

Jom Lihat video dibawah :

Jom Lihat juga apa kata netizen dalam ruangan komen :

Alahai comelnya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : IG ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *