Semalam, pelakon, Eyra Hazali telah selamat mengikat tali pertunangannya bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim 2 yang juga penjaga gol muda negara, Haziq Nazli.

Perkhabaran gembira itu telah dikongsikan oleh sahabat baik Eyra sendiri yang juga merupakan personaliti tv iaitu, Anim Ezati di laman Instagram.

“Alhamdulillah. Im happy for you babe, Im sorry I had to leave early for tonight match. ( Who’s going?) long journey but I know you guys will get through this together,” tulisnya.

Dalam pada itu, Anim turut mendoakan semoga segala urusan Eyra dan Haziq dipermudahkan sepanjang fasa pertunangan.

Melihat di ruangan komen,para netizen dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah buat pelakon yang popular menerusi drama Mr. Grey.

Nampaknya kita ada seorang lagi pasangan selebriti yang mengikat tali pertunangannya bersama pemain bola sepak negara. Dikesempatan ini, MH ingin mengucapkan selamat betunang buat Eyra dan Haziq. Tak sabar rasanya nak tunggu mereka ni makan nasi minyak.

Foto: Instagram Anim Ezati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *