Siapa tidak kenal dengan pendakwah bebas terkenal, PU Amin yang bukan sahaja merupakan seorang yang amat lantang bersuara tetapi juga sudah lali dikecam bertubi-tubi terutamanya oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Jarang berkongsikan tentang kisah keluarganya buat tatapan umum, beberapa jam yang lalu, pendakwah muda tersebut dilihat telah memuat naik sekeping foto bersama bapa yang tersayang dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.

Abah saya, Mohd Noor seorang yang cacat penglihatan. Dia buta tapi hatinya celik. Tak penat-penat pergi travel ke seluruh Malaysia untuk ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Dulu, dia menabur bakti menterjemah & mengajar Al-Quran di Brunei. Matanya buta tetapi boleh baca & hafal Al-Quran. Banyak buku braile dia buat untuk orang-orang buta.

Kini, walau dirinya makin dimamah usia, masih tak letih untuk ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Abah saya buta dari kecil , sebab tu saya sensitif tengok orang buta kutip derma, jual tisu, nyanyi tepi jalan.

Apa lagi kalau ada yang jenis menganjing OKU, masuk tandas OKU dengan slumber. Abah jenis suka travel sendiri. Dia sorang-sorang naik komuter & bas untuk dakwah.

Bayangkan dengan tongkat si buta sebagai peneman, dakwah tetap berjalan. Tatkala dikecam dihina diri saya sebelum ini, mata yang tak dapat melihat itu menitiskan air mata. Pesannya “lumrah dakwah” ada pedih sedikit. Alhamdulillah ada mama yang kuat & adik beradik yang membantu. Moga abah dapat melihat kami sekeluarga di akhirat kelak.

Kapsyen dan foto tersebut telah membuatkan laman Instagram pendakwah berusia 28 tahun itu dibanjiri dengan komen daripada para pengikutnya.

Ayah hebat, patutlah anak pun hebat!

Malunya, kita yang sempurna ni pun tak sekuat ayah ustaz

Menitis air mata saya baca caption ustaz

MasyaAllah, inspirasi!

Moga Allah kurniakan syurga buat abah

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah buat ustaz sekeluarga

PU Amin Kongsi Pengalaman & Tips Berada Di Kota Mekah

Mendapat peluang untuk menjejakkan kaki ke Kota Mekah adalah perkara yang paling diidami oleh semua umat Islam. Apa yang menariknya, salah seorang pendakwah bebas terkenal iaitu PU Amin yang kini berada di sana turut berkongsi pengalaman dan sedikit tips untuk orang ramai yang bakal menjejakkan kaki ke sana. Bukan itu sahaja, ramai orang juga berasa seronok dan terasa seperti berada di Mekah apabila melihat perkongsian beliau.

SERONOK TENGOK PU AMIN BERADA DI KOTA MEKAH

Bahagianya tengok story ig Pu Amin, cara dia cerita tentang tanah suci buat hati lagi tak sabar-sabar nak kesana. Pu Amin siap tunjuk detail kawasan mana nak solat, macam mana cara kalau nak solat dekat dengan imam, port mana yang patut rebut peluang untuk solat dan berdoa. Allahu rasa macam dah ada kat sana je.. Kaabah melambai-lambai dekat sangat-sangat dah.. 3 tahun dah nak pergi tapi sentiasa ada halangan yang tak dapat nak elak.. doakan semoga kami dapat jejakkan kaki kesana tahun ni insyaAllah. Permudahkanlah segalanya Ya Allah..

KETIKA BERADA DI RAUDHAH

BERKONGSI KISAH RASULLULAH SAW UNTUK PANDUAN ORANG RAMAI

MENCARI ILMU DI BUMI MEKAH

Sumber 1 : IG PU Amin via OMM
Sumber 2 : Amylia Farhana Saiful Bahri, PU Amin via sirap lima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *