JIKA baru-baru ini gempar mengenai hubungan antara Meghan Markle dan Kate Middleton yang dikatakan semakin renggang, kini timbul pula berita mengenai suami mereka.

Menurut The Sun, hubungan di antara dua pewaris diraja Britain itu semakin keruh, ditambah pula dengan sikap Putera Harry yang terlalu melindungi isterinya.

Malah, Harry dan Meghan juga dikhabarkan bakal keluar dari Istana Windsor kerana tidak mahu berjiran dengan Putera William dan Kate.

Antara isu hangat yang melanda mereka termasuklah tuduhan Harry ke atas William yang mendakwa abangnya cuba mengeruhkan hubungannya bersama Meghan.

“Harry memang marah, dakwa Harry, William cuba memusnahkan hubungan cintanya dengan Meghan sejak awal lagi,” ujar satu sumber.

Pihak istana juga dikatakan sedar mengenai masalah antara dua beradik itu.

Malah, Harry juga dikatakan marah apabila isterinya berasa tidak selesa sewaktu berada bersama dengan Kate.

Tambahnya lagi, dia mahu melindungi Meghan bagi menebus dirinya yang tidak berupaya melindungi ibunya, Puteri Diana suatu ketika dahulu.

“Pada pendapat saya, Harry rasa dia gagal lindungi ibu dia sebab masa tu dia masih kecil, jadi sekarang dia mahu lindungi Meghan semampu yang dia boleh.

“Harry juga sangat sensitif jika ada sesiapa yang mengkritik isterinya,” ujar sumber itu lagi.- The Sun

Artikel Berkaitan:

Pergaduhan dengan Kate jadi punca Meghan, Harry pindah keluar dari istana

PENGUMUMAN Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle untuk berpindah keluar dari Istana Kensington ternyata mengejutkan ramai.

Susulan pengumuman itu, timbul pula khabar angin yang bercakap mengenai keretakan hubungan antara Meghan dan Kate Middleton.

Malah, Meghan dikatakan pernah melukakan hati Kate sehingga dia menangis, tidak lama selepas dia melahirkan bayinya, suatu ketika dahulu.

Selain Kate, hubungan diantara Meghan dan Puteri Eugine juga dikatakn bermasalah.

“Eugine dikatakan sedih kerana Meghan tidak menghadiri resepsinya pada sebelah petang. Hanya Harry yang datang untuk minum,” ujar satu sumber.

Perkara itu menjadi lebih teruk apabila ibu Eugine, Sarah Ferguson turut campur tangan.

Fergie dikatakan memuat naik beberapa Tweet yang membidas Harry dan Meghan kerana berkongsi berita kehamilan mereka sewaktu salah satu sesi resepsi Eugine.

Dalam pada itu, Meghan dan Harry dijangka berpindah ke sebuah apartmen tidak lama lagi.

Menurut satu sumber dalaman, keretakan hubungan antara Meghan dan Kate berlaku kerana perbezaan ketara karakter dua wanita itu.

“Mereka sangat berbeza, Meghan adalah ekstrovert manakala Kate sedikit pemalu,” ujar individu berkenaan. – Daily Star.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *