Setahun lalu, pernah pasangan merpati dua sejoli ini, Nur Fazura dan Fattah Amin mencetuskan satu keresahan.

Tidak kira buat peminat mahu pun pengamal media, majlis pernikahan pasangan itu ibarat satu misteri dan ditunggu-tunggu sepanjang tahun.

Langsung tiada khabar rasmi mahu pun hebahan kepada umum, sedar-sedar pasangan itu sudah selamat diijabkabulkan pada tanggal 27 November tahun lalu.

Melewati fasa setahun pernikahan mereka, sudah pasti pelbagai cerita menarik dinantikan peminat saban waktu.

Namun, kami kongsikan bait-bait ucapan manis daripada Fazura dan Fattah sempena meraikan ulangtahun perkahwinan pertama mereka hari ini.

Mengimbas kembali kenangan pertama kali disatukan dalam set drama Hero Seorang Cinderella, Fazura menyifatkan Fattah lelaki yang berjaya memecahkan tembok yang dibina selama ini.

Pelakon, Fazura berkongsi foto- foto sambutan ulang tahun perkahwinannya yang pertama bersama suami, Fattah Amin.

Dia memuat naik foto-foto tersebut di laman Instagramnya, hari ini.

Difahamkan, majlis itu turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat kedua-dua mereka.

Pasangan itu sah menjadi suami isteri pada 27 November tahun lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga, teman rapat dan peminat setia keduanya.

Malah, pasangan selebriti ini turut menyanyi meraikan para tetamu yang hadir.

Kami puji sikap Fazura dan Fattah yang sangat menghargai peminat-peminat mereka. malah sewaktu majlis resepsi pasangan ini, pemiant-peminat mereka juga yang bertungkus lumus dalam majlis resepsi yang dianjurkan khas untuk peminat itu.

Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama Kami ucapkan kepada pasangan bahagia ini. Semoga cinta kalian mekar mewangi sehingga ke Jannah dan dikurniakan zuriat yang comel-comel belaka.

Foto/Instagram: Fazura

kredit: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *