Fadlan Hazim dilahirkan pada 2 Januari 1992 di Taman Melawati, Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Sebelum menceburi dalam bidang nyanyian mahupun lakonan, beliau terlebih dahulu menceburi bidang peragaan sejak berusia 16 tahun. Fadlan pernah menyertai Pertandingan Kacak Bergaya pada tahun 2010 anjuran Pancaindera, sisipan hiburan Utusan Malaysia dan merupakan peserta termuda dalam pertandingan itu.

Fadlan pernah menjadi ahli kumpulan V.I.P (Versatility In Performance) di bawah naungan KRU Talents pada Jun 2010. Pada tahun 2012, beliau menarik diri daripada kumpulan V.I.P. akibat tiada keserasian. Kini, Fadlan lebih menumpukan perhatian dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.

Kerjaya Fadlan di layar lebar bermula pada 2014 apabila beliau membintangi bersama Mikail Andre dan Pablo Amirul dalam filem Sniper arahan Pierre Andre yang ditayangkan pada 24 April. Beliau memegang watak Rafi yang merupakan atlet penembak tepat.

Fadlan membintangi telefilem bertajuk Mama Untuk Isteriku yang ditayangkan di TV2 pada 24 Mei 2016. Beliau juga telah muncul dalam drama Lip Lap Raya, memegang watak sebagai Adhlan. Drama ini disiarkan di HyppSensasi HD 116 dan ditayangkan pada 6 Jun 2016.

Pada 5 Julai 2016, Fadlan telah muncul dalam telefilem khas raya bagi siri drama Cinta Si Wedding Planner.

Fadlan merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah, Nabila Huda dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; beliau memegang watak sebagai Jihan.

Percintaan di antara pelakon drama Papa Ricky, Fadlan Hazim bersama kekasihnya, Julie Anne bukan lagi rahsia.

Malah, bintang kacak ini sering kali memuat naik fotonya bersama gadis berbangsa cina itu.

Mengakui tidak mahu terburu-buru dalam soal jodoh, aktor muda berusia 26 tahun ini bagaimanpun menyerahkan soal kahwin itu kepada ketentuanNya, selain mengharapkan rezeki berkahwin itu datang tepat pada masanya.

Mengenai Julie, seorang usahawan sejak di bangku persekolahan lagi. Bagaimanpun, cinta mereka mulai berputik sejak beberapa tahun lalu.

Nah, kami bariskan beberapa foto menarik pasangan sama cantik sama padan ini.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page mfadhly.

Foto: Instagram Fadlan Hazim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *