PELAKON Mona Allen akhirnya secara terbuka meluahkan perasaannya mengenai pernikahannya dengan pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim selepas dua hari mendiamkan diri.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkata, dia berterima kasih kepada semua yang memberi ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaannya.

“Ucapan terima kasih yang disampaikan adalah sesuatu yang paling berharga dan ia membawa kebahagiaan berlipat ganda.

Mona mengesahkan dia dan Pekin sudah berkahwin.

“Terima kasih untuk semua ucapan tahniah dan doa ,” kata aktres berusia 28 tahun itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Pelakon drama bersiri Monalisa ini turut memuat naik foto sepasang cincin pernikahannya dan foto tersebut mendapat lebih 25,000 tanda suka dan hampir 500 komen.

Rata-rata pengikut di laman sosial suka melihat pasangan itu yang tidak menghebohkan hubungan cinta mereka dan terus melangsungkan perkahwinan.

“Ya Allah, suka saya melihat kak Mona dan abang Pekin tak heboh-heboh bercinta. Tiba-tiba saja. Saya dengan ikhlas mendoakan agar perkahwinan ni kekal sehingga ke hujung nyawa.

Pasangan itu selamat diijab kabul pada pagi Jumaat.

“Tahniah kak Mona. Awak layak dapat dia tau! Semoga sehingga jannah dan dapat bayi paling comel. Hormat korang sebab berjaya buat semua dengan senyap.

“Selamat pengantin baru. Semoga perkahwinan dirahmati dan hidup bahagia selalu. Jaga makan minum suami berbaik ya,” komen beberapa pengikutnya.

Menerusi laporan mStar Online pada Sabtu, Mona dan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 37, selamat bernikah pada pagi, Jumaat lalu.

Berita gembira itu dikongsi oleh rakan artis, Amyza Aznan yang mendapat jemputan majlis tersebut, namun tidak dapat hadir disebabkan sedang menjalani penggambaran.

“Alhamdulillah, selamat sudah…” – Pekin sah bergelar suami Mona Allen dalam majlis tertutup

PELAKON dan pengarah Pekin Ibrahim dilaporkan selamat bernikah dengan aktres Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen pada pagi Jumaat.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 37, sah bergelar suami Mona , 28, dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan artis.

Rakan artis, Amyza Aznan berkata, dia mendapat jemputan majlis tersebut, namun tidak dapat hadir disebabkan sedang menjalani penggambaran.

“Alhamdulillah selamat sudah pagi semalam (Jumaat), mereka ada jemput tapi saya tidak dapat datang ada penggambaran.

“Mereka buat secara tertutup untuk rakan terdekat sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Ditanya sejak bila pasangan itu menjalinkan hubungan cinta, Amyza berkata, dia mengetahui perkara itu ketika mereka menjalani penggambarab drama Monalisa.

“Lama juga, masa kami terlibat penggambaran Monalisa, Mona sudah bercinta dengan Pekin,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi akaun Instagram aktres Wan Nor Azlin turut mengucapkan tahniah dan memuat naik foto-foto pasangan mempelai itu.

“Congratulation love bird, semoga bahagia hingga ke jannah dan selamat datang ke dalam keluarga kami,” ujarnya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan Pekin dan Mona masih gagal apabila pasangan ini tidak menjawab sebarang panggilan dan mesej.

Sumber : mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @mfadhly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *