Sebenarnya dalam diam ramai isteri yang rendah diri kerana tubuh yang berisi atau gemuk. Apatah lagi selepas bersalin bila bentuk badan berubah terus berbanding zaman gadis dulu.

Tidak sekadar hilang keyakinan diri ada juga yang stres dengan masalah berat badan kerana bimbang penerimaan suami yang tentunya mengidamkan isteri yang cantik dan langsing. Tapi selepas membaca kajian terbaru ini anda mungkin lebih redha dengan bentuk badan terkini.

Lepas ini, isteri yang chubby tak payah rasa rendah diri lagi!
Wanita gemuk buat suami 10 kali ganda lebih bahagia, demikian fakta yang diungkap hasil kajian terbaru.

Yay! Akhirnya ada juga penghargaan pada wanita yang tak “berapa nak kurus” atau orang selalu panggil chubby macam kita ini.

Malah, bukan bahagia biasa-biasa saja tau, tapi 10 kali lebih bahagiaberbanding jika mengahwini wanita yang kurus!

Masih ingatkah Anda, bagaimana Iko Uwais membela Audy saat netizen mengatai bahwa istrinya gendut? Pembelaan dan ungkapan cinta terhadap istri gemuk yang dilontarkan Iko Uwais menjadi viral, di tengah industri hiburan yang mengagungkan tubuh langsing semampai.

Memetik laporan Daily Times penemuan ini adalah hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Filemón Alvarado dan Dr. Edgardo Morales dari Departemen Psikologi Universidad Nacional Autónoma de México (UNAM), Mexico.

Menurut kajian tersebut, lelaki yang berkahwin dengan wanita gemuk lebih ceria, mudah senyum dan lebih baik dalam menghadapi masalah berbanding dengan lelaki yang menjalinkan hubungan dengan wanita kurus.

“Wanita kurus selalunya kurang ramah dan kurang ekspresif dengan emosi mereka. Sedangkan wanita gemuk lebih yakin pada diri mereka sendiri, ujar pengkaji.

Ha… jadi sebab itu mereka lebih bahagia.

Jadi, tak kisahlah ada berapa banyak lemak dekat perut, paha atau selulit sekalipun, kita pasti akan buat suami lebih bahagia, kan!

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa wanita gemuk juga mampu menangani keperluan pasangannya dengan lebih baik.

Jadi buat isteri-isteri yang ketika ini stres dengan keadaan tubuh yang gemuk tak perlulah terlalu risau dengan lebihan kilogram yang anda miliki selagi tidak obes dan berpenyakit.

Tapi, ada juga isteri tak chubby yang membahagiakan suaminya
Walaubagaimanapun, lain orang lain citarasanya. Betul tak?

Kadang-kadang, ada saja suami yang kahwin dengan isteri yang kurus dan bahagia hingga sekarang.

Kajian ini hanya ingin membuktikan perbezaan psikologi di kalangan lelaki apabila memiliki pasangan masing-masing.

Pakar menjelaskan, wanita yang kurus didapati lebih “menyimpan rasa” dan kurang ramah. Sebab itu mereka sukar untuk didekati.

Malah, kajian juga mendedahkan wanita yang kurus lebih senang untuk “jatuh”ketika mengalami tekanan dan boleh melalui datang haid yang tak normal.

Lalu, mereka akan cepat moody, atau tak berjaya untuk memberi zuriat (selalu bab menggembirakan suami ini berbalik pada anak, kan?)

Jadi, kalau anda ada “beberapa lemak lebih”, tak payahlah risau lagi, okay! Janji suami bahagia.

Akan tetapi, janganlah juga kita mendeskriminasi wanita-wanita lain di luar sana yang kurus dan berusaha untuk menaikkan berat badan.

Kita semua sama saja (yang penting kita superwomen kot!).

Kaitan antara isteri yang chubby dengan fikiran seorang suami
Ini bukan kali pertama kajian terhadap psikologi seseorang suami dan ciri-ciri isterinya dikaji.

Sebelum ini, kajian pada tahun 2012 mendedahkan lelaki budiman lebih suka perempuan kurus. Namun, lelaki yang selalu tertekan menggemari perempuan yang sedikit chubby.

Eh, kenapa lelaki yang selalu tertekan tertarik pada wanita chubby pula?

Ini kerana tekanan menukar “streotype klasik” yang menganggap lelaki hanya suka perempuan yang kurus, ramping dan cantik. Sebenarnya, tak!

University of Westminster di London telah menyoal 41 sukarelawan lelaki dalam subjek mengatasi tekanan.

Setelah kajian hampir selesai, mereka disoal untuk memberi ukuran berapa menarik seseorang wanita – berdasarkan bentuk badan mereka.

Keputusan kajian menunjukkan 40 lelaki memilih wanita yang bertubuh lebih gempal itu lagi menarik berbanding yang lain.

Pakar mengkonklusikan perkara ini sebagai semakin tertekan seorang individu, semakin dia boleh mengubah persepsi biasa yang dibuatnya.

Ha… semoga perkongsian ini boleh menangkis fikiran wanita-wanita di luar sana yang kurang yakin dengan diri sendiri.

Percayalah, walau bagaimanapun rupa bentuk dan tubuh badan anda, pasangan yang sebenar takkan pandang semua itu.

Yang penting adalah kerjasama kalian untuk membina keluarga bahagia, dan masing-masing menjaga kesihatan diri malah juga keluarga.

Jom kongsikan hasil kajian ini dengan semua wanita chubby di luar sana!

Sumber: Daily Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *