Pelakon telenovela Monalisa, Iman Suhana selamat melahirkan bayi perempuan pada 18 Disember lalu. Pendukung watak Melina dalam Monalisa itu melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram itu secara normal.

Suhana yang bersyukur di atas anugerah terindah tersebut memperkenalkan nama bayi perempuannya itu sebagai Maya Inara Muhammad Shazwan.

Sedutan Artikel Yang Lepas disaat ditemu ramah :

Baru sahaja hendak dikenali sebagai pelakon komersial tatkala drama Monalisa lakonannya sedang disiarkan, pelakon baharu Iman Suhana, 28, membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tanggal 16 Mac lalu.

Memilih seorang ahli perniagaan, Muhammad Shazwan Ibrahim, 29, sebagai pasangan hidupnya, Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid tidak menganggap perkahwinan menjadi batu halangan untuk melebarkan karier seni.

“Bagi saya, perkahwinan yang dibina bukanlah sekatan terhadap kerjaya lakonan saya. Apatah lagi suami telah memberi keizinan untuk terus aktif berlakon.

“Tambahan pula, saya percaya rezeki setiap hamba manusia berada di tangan-Nya tanpa mengira status sama ada saya masih gadis ataupun sudah bergelar isteri.

“Hadirnya saya dalam industri seni tempatan adalah untuk mempertaruhkan bakat. Jadi, saya berharap agar pandanglah kepada bakat saya, bukan status peribadi,” katanya kepada Utusan Online.

Memulakan karier sebagai pelakon teater termasuk pembabitan dalam naskhah Mud The Musical yang dipentaskan di Panggung Bandaraya terbitan Enfiniti Vision Media, Iman memberitahu, dia mula berlakon sejak di bangku sekolah rendah.

Selain aktif dalam bidang seni, Iman juga mengusahakan perniagaan spa sendiri di rumahnya secara kecil-kecilan.

“Saya amat menitikberatkan penampilan. Sebab itu saya cuba menceburkan diri dalam bidang kecantikan dengan menawarkan khidmat rawatan muka.

“Insya-Allah, jika ada rezeki lebih, saya akan mengembangkan pernigaan yang diceburi ini ke peringkat seterusnya,” ujar Iman yang berasal dari Taiping, Perak itu.

Entri Yang lepas :

So sweet…moga kekal hingga ke jannah amin..semoga bby jua sihat kat dlm tu

“Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur my baby princess anugerah terindah dr Allah S.W.T.
Maya Inara Binti Muhammad Shazwan telah selamat dilahirkan pada 18/12/2018 (9.12pm) secara normal seberat 2.75kg. Allahuakbar,” tulisnya.

Suhana berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepadanya dan suami sekeluarga.

Suhana dan suami mendirikan rumah tangga pada 16 Mac lalu.

Sumber : gempakk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *