Catatan tauladan: Aku tertanya2 apa amalan arwah Adib agaknya sampai dimuliakan begitu rupa di bumi lagi?

Seluruh rakyat Malaysia mendoakan Adib. Mahalkan nilai doa dari seorang mukmin kepada mukmin lain.

Yang aku nampak salah satunya dia memuliakan mak ayah dia. Family first.

Hangpa tau dia beli Myvi baru sebijik dua bulan lepas pastu tinggai di kampung bagi mak ayah dia pakai.Kereta ayah dah lama katanya.

Dia selalu ambik cuti musim padi.
Sebab nak tolong ayah dia buat bendang (orang kedah kata) – ibu adib

Kalau dengar mak ayah sakit. Mak ayah demam. Sebolehnya dia akan cepat2 balik.

Pada hal kita tau kerja bomba bukan senang nak cuti – ibu adib

Umur 24. Anak muda yang dah tak pikir nak enjoy dan berseronok.

Hidupnya demi keluarga terutama ibu ayah.

Dan akan mendirikan rumah tangga minggu depan.

Di sini dapat kita lihat kan.
Sesiapa yang memuliakan ibu ayah. Allah juga akan muliakan kita.

Kita nak senang. Senang kan mak ayah kita dulu. Tak semestinya senangkan duit.

Senang kan hati. Buat mak ayah gembira pun malaikat catat pahala besar untuk kita.

Pengakhiran kita di dunia belum tentu bagaimana.

Aku tulis di sini. Supaya nanti bila aku baca akan jadi peringatan pada aku.

Video:

Innalillahiwainnailaihiraajiuun. Al fatihah
Kredit: Noorhashim Mohamad / videoviral.co

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *