Kenapa ada manusia sekejam ni?

Seorang warga emas berusia 76 tahun dari Singapura alami keguguran sebanyak 5 kali sepanjang 43 tahun usia perkahwinannya. Lagi malang, 4 daripada 5 keguguran tu disebabkan oleh suaminya, seorang kaki dera!

Menurut WORLD OF BUZZ, Tan dikenalkan dan dipertemukan dengan suaminya oleh saudara suatu ketika dulu. Mereka buat keputusan untuk berkahwin pada tahun 1975 dan Tan disahkan mengandung tak lama lepas perkahwinan berlangsung. Kira bunting pelamin la…


Sumber: WOB

Pada masa itulah, suami Tan bernama Hong mula tunjukkan perangai setan dia yang sebenar.

“Sebelum usia 40 tahun, saya disahkan mengandung sebanyak 5 kali tetapi tiada satu pun yang berjaya. Saya ditendang dan ditumbuk oleh suami selama bertahun-tahun.

“Empat daripada lima kali keguguran itu terjadi lepas saya dibelasah teruk oleh suami. Satu lagi keguguran berlaku lepas saya bergaduh dengan adik ipar.”

Kata Tan, waktu kehamilan pertama lagi memang suami dia dah main kayu tiga dan ada skandal, malah Hong nak bawa perempuan simpanan dia tu balik ke rumah. Disebabkan tak setuju dengan keputusan Hong tu, Tan dibelasah dengan teruk sampai menyebabkan dia keguguran.

Lebih sedih lagi, masa kehamilan terakhir, Hong yang tak berhati perut tu pijak perut Tan yang tengah mengandung 8 bulan! Sebelum dia buat tindakan kejam tu, Hong sempat cakap,

“Kita tak ada duit, kenapa awak masih nak melahirkan anak?”

Difahamkan, kedua-dua Tan dan Hong bekerja sebagai janitor dengan hasil pendapatan yang tidak seberapa. Tapi, Hong habiskan semua duit gaji dia untuk perempuan simpanan dan Tan pula terpaksa tanggung perbelanjaan seperti bayar sewa rumah dan bil elektrik.


Sumber: WOB

Baru 2 bulan lepas, Tan alami tulang retak di lengan kanan sebab kena belasah dengan Hong. Tapi walaupun kena dera dengan teruk berkali-kali, dengan kerap sekali pun, Tan tetap percaya dan menaruh harapan yang suami dia akan berubah satu hari nanti. Emm ntah bila nak berubahnya. Sampai ke tua jadi kaki pukul…

Menurut laporan, Hong, 71, didakwa pada 24 Oktober 2018 atas kesalahan menyerang dan melanggar perintah penahanan yang difailkan oleh isterinya. Harap dia kena hukuman setimpal sebab buat hidup isteri menderita selama ni!

Sumber – lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *