Ramona Zamzam atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam ialah seorang aktres dan juga bekas peserta Dewi Remaja sesi 2009/2010.

Seindah namanya, Ramona yang berdarah kacukan Melayu, Pakistan, Jerman dan Thailand juga mempunyai paras rupa yang cantik serta menjadi idola anak-anak gadis di luar sana. Ramona juga membintangi filem Kl Special Force.

Tiga tahun yang lalu, Ramona memilih untuk mendirikan rumahtangga bersama jejaka Palestin bernama Rami Alashkar yang dikenalinya sewaktu zaman belajar di Segi College. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan comel bernama Ivanna Alashkar yang kini berusia setahun.

Baru-baru ini, Ramona memuatnaik video suaminya mengajuk loghat utara di laman instagramnya. Video ini mendapat tontonan hampir 400 ribu pengguna instagram. Rata-rata mendapati video tersebut kelakar.

Menurut Ramona, ibunya memainkan peranan kerana sering bertutur dalam loghat Kedah yang pekat dengan suaminya itu walaupun suaminya tidak faham bahasa Melayu. Oleh kerana itu, sedikit sebanyak sudah banyak perkataan yang dipelajari secara tidak langsung.
Takda Slang Arab Langsung
Para peminat dan pengguna instagram turut meninggalkan komen pada video tersebut.

Ramona beruntung kerana mempunyai suami yang sporting dan lucu. Semoga rumahtangga mereka sentiasa bahagia.

Jom layan foto-foto Ramona serta suami dan anaknya.

Kredit foto: IG Ramona Zamzam via cari.bm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *