Assalamualaikum and thanks admin. Perkenalkan diri nama saya Zarul (Bukan Nama Sebenar). lately zarul perasan hantaran jadi hot topic kat confession IIUM ni. Zarul alumni IIUM and let me share my experience.

zarul dah kahwin almost 5 years. kahwin dengan pilihan hati yang juga bekas graduan tempt sama Sama-sama suka, jadi lepas grad dapat kerja tetap terus kawin. wife zarul ni memang cantik dan sejuk mata memandang. korang tahu berapa hantaran kahwin zarul dengan isteri ? RM15K serba satu.

mak ai senak pancrease zarul mula-mula bila fikir mana nak cekau RM15K nak buat hantaran. tu baru hantaran, belum lagi duit-duit lain nak dirikan masjid ni. Siang malam zarul kerja, buat 2, 3 kerja juga masa nak kawin tu.

Siang zarul keje dekat ofis, gaji masa tu tak jejak RM2,500. Nak bayar duit rumah, duit kereta, nafkah ibu ayah, duit belanja sekolah adik-adik lagi.

Zarul anak sulung, bawah adik-adik masih belajar. seorang masa tu tengah buat degree, lagi 3 adik sekolah menengah. Fahamkan sebagai zarul sulung, besar oi tanggungjawab zarul.

Ayah ibu pon dah tua, walaupun diorang tak minta duit, tapi sebagai anak lelaki sulung, itu tanggungjawab.

malam zarul tolong member jual burger dekat area rumah sewa. selain tu ada juga buat business online, nak buat side income. Penat jangan cakap la, Allah je yang tahu. Tapi fikir balik, tangungjawab tu. So dari situ dapat la juga kumpul duit buat kahwin.

hampir setahun lebih, zarul dan isteri selamat diijab kabulkan. Happy dia hanya orang yang dah kawin je faham. so kami jalani hidup sebagai suami isteri macam biasa. duduk rumah sendiri, yang zarul beli masa bujang, walaupun tak habis bayar lagi.

Kira wife zarul ni cuci kaki je masuk rumah. Zarul taknak duduk rumah dengan parents, taknak timbul masalah. yelah baru-baru kawin kan.

bila dah duduk serumah, baru lah tahu isteri zarul ni, satu keje rumah apa pon dia tak reti buat. Maklum lah dia anak orang berada. semua bibik sediakan.

Aduh..! bayar RM15k satu kerja pon tak tahu. balik kerja, tengok rumah macam kapal karam, pinggan penuh singki, masak jangan cakap lah. Memang tak la kan.Zarul sedih lah, suami mana yang tak sedih, kau kerja bukan main penat siang malam nak kumpul duit kahwin mahal-mahal, tapi dapat wife satu benda pon tak pandai buat.

zarul balik kampung mengadu kat ibu, tapi zarul yang kena tarbiah balik. Sebab kan sayang wife zarul tu, so zarul amik inisiatif untuk ajar isteri zarul tu kerja-kerja rumah. zarul dulu sekolah asrama penuh. so siapa yang sekolah asrama tu faham macam mana kemas nya kami orang ni.haha

first step, zarul ajak sama-sama wife zarul ni kemas rumah, ajak taw bukan suruh… so kat sini, wife zarul tu takla rasa macam hamba kan. Lagi pon kerja rumah ni semua sebenarnya tugas suami, bukan isteri!

Lama-kelamaan isteri zarul pandai la berkemas. Bersih cantik sikit rumah. Sejuk mata memandang balik kerja.

bab masak? setiap hujung minggu zarul dan wife cuti. so kat sini zarul ajak wife zarul masak. dari sesimple lauk sampai lah yang pada dia payah. Zarul gigih pasang wifi kat rumah, so biar isteri zarul ni boleh google jer ape yang dia nak masak.

Mula-mula masak memang lah, hangus lah, masin kedaung lah. Tapi lama-lama pergh..! kalah master chef. so kat sini, bukan alasan tak pandai masak. tapi rajin or tak.semua ada kat internet tu. google jer la.

kat sini zarul nak pesan kepada suami-suami, bakal suami, kita ni sebagai pembimbing keluarga bukan setakat ketua keluarga. Isteri itu amanah dan anugerah yang paling bernilai. Kalau isteri tak tahu, ajar bukan kau herdik, kaki tangan naik.

jangan sesekali rasa menyesal dengan perkahwinan korang, sebab setiap yang berlaku tu telah ditulis dan terselindung berjuta hikmah dari-nya.

lagi satu, jangan bising kalau duit hantaran mahal lah, tak macam zaman mak, neneak korang. hello..! ni dah 2016 dan kau kene lah selari dengan zaman sekarang. Ingat kerja rumah semua tu tanggungjawab suami, isteri hanya perlu melayan suami sahaja.

Jadi kalau wife korang tu tak reti buat kerja rumah sebenarnya bukan masalah. Tu kan kerja korang. Bukan kerja isteri.

hargai lah isteri korang. mungkin ada yang kurang mana-mana, manusia takda yang sempurna. Sebab tu kahwin tu untuk saling melengkapi. Btw, sekarang dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kami, dan semakin bahagia. Sekarang zarul tengah tunggu kelahiran anak sulung kami. Doakan kebahagian kami berkekelan.

next-time zarul akan share lagi nasihat untuk kebaikan bersama. okey!

Sumber; e kisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *