Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua. Nama aku Hanim dan berusia 24 tahun. Asal Johor, sekarang menetap di Cheras. Sebenarnya, nothing much pun on my confession. Cuma nak kongsi rasa bertuahnya ada seorang abang. Dan pengorbanan yang dia pernah lakukn kat aku dan adik aku.

Mungkin kisah yang aku kongsikan ni turut dialami oleh pembaca IIUM Confession juga. Tengah hari tadi, kawan-kawan pejabat ajak makan kat area Bandar Tun Razak. Kedai nasi campur, penuh gila kedai tu dengan pelanggan.

Aku dengan member semua dapat seat kat hujung, betul-betul tepi jalan, kat laluan kereta. Kedai tu terletak depan deretan kedai, depan kedai runcit dan bengkel motor, tak silap aku. Masa tengah tunggu member lain siap makan, tiba-tiba belakang kiteorang ada budak lelaki parking motor. Belakang dia ada 2 orang budak perempuan. Masa dia turun, dia minta tlong tengokkan adik-adik dia sebab dia nak masuk dalam bungkus lauk. Aku pun kata lah “okay.”

Masa abang dia masuk ke dalam, aku pun pandang lah dua orang budak perempuan tu. Aku dengan kawan-kawan tanya, “dik, darjah berapa ni?”

“Empat” jawab dia malu-malu. lepas tu aku nampak ada lagisorang budak, lebih kecil dari dia “Tu adik ke?.” dia mengangguk, bika kitaorang tanya, dia jawab adik dia darjah 1.

Dekat 20 minit juga kami menyembang dengan budak tu. Bila tanya dan tanya, baru lah kami tahu, yangtunggang motor tu abang dia, tingkatan 4, datang beli lauk kat situ sebab mak ayah kerja. Mak ayah kerja bank kat Damansara.

Hari ni beli lauk sebab mak tak sempat nak masak pagi, jadi mak mereka beri duit lebih untuk beli makan. Masa tu aku tersenyum je, sebab teringat balik zaman aku kecil-kecil dulu.

Meskipun perjalanan balik ke ofis, kawan-kawan aku semua bising, tapi aku dalam dunia aku sendiri. Kat dalam otak ni macam ada wayang tengah throwback semua kisah lama-lama aku. Hampir-hampir aku menangis sebab rindukan zaman tu.

Aku teringat balik, sebagai anak yang dibesarkan oelh ibu bapa yang kedua-duanya anggota polis, kami 3 beradik selalu diinggalkan pada waktu malam. Masa tu ibu selalu pesan, kalau ada apa-apa, bagitahu makcik rumah sebelah yang kami panggil mama. Kata ibu, nanti mama akan ‘call’ balai.

Kadang-kadang masa ibu atau ayah tak kerja, kami tak risau apa. Tapi, bila dua-dua tak ada kat rumah, aku denga adik masih tak risau, sebab kami ada along. Bila ibu dan ayah pergi kerja, malam tak ada orang. Along akan bawa semua toto dalam bilik tengah ke ruang tamu. Dia akan hamparkan toto dan susun bantal-bantal bagi kami tidur. Adik di tengah, aku dan along di tepi.

Kamitidur depan TV sambil tengok Astro. Haha, teringat lagi, zaman tu popular program-program Maharaja Lawak lah apa lah.

Bila kami lapar, along akan pergi rumah mama, pinjam telefon mama dan call mamak kat depan kuarters. Mamak tu akan hantar makanan kami ke rumah sebab ayah dah jadi pelanggan tetap kedai tu, kamiorder je apa-apa, ayah akan bayar esoknya.

Bila dapat makanan, along akan letakkan dalam bekas, makan sama-sama dan along lah yang kemas semua. Masa tu aku dalam darjah 5 atau 6. Along dan tingkatan 2. Ibu selalu pesan kat along, tolong jjjjaga adik-adik, ibu kerja kejap.

Along tak pernah jawab “malas” atau “”tak nak.” Along jaga kami dengan sungguh-sungguh. Walaupun adik bongsu kami buas dan ganas (perempuan), along tetap layan dia macam puteri. Pernah sekali tu, along order nasi goreng untuk kami bertiga, tapi adik mengamuk nak telur mata. Lastly, along goreng telur di dapur, walhal ibu dan ayah tak pernah benarkan kami sentuh dapur masak.

Tapi sebab adik, along goreng juga. Tak lama lepas tu, satu rumah berasap, bau sesuatu, bila jengah di dapur, kuali along goreng telur keluar asap macam awan! Rupa-rupanya along tak tutup api dapur lepas goreng. Kamis emua dah takut, sampai akhirnya kami panggil mama tutup api. Hmm, sebelum kena marah dengan ibu, mama dah marah kami dulu.

Tapi, along sikit tak cakap pasal adik. yang report pasal adik, aku lah. Huhu. Masa Along tingkatan 2, ayah belikan along basikal. Ayah kata, kalau hari Jumaat, ayah kerja, along boleh kayuh basikal pergi sembahyang. Jarak masjid dengan pagar kuaters dalam 2km sahaja. Bila ayah kerja, along akan kayuh basikal dengan kawan-kawan kuaters yang lain.

Setiap kali along balik sembahyang jumaat, dia akan singgah kedai belikan kami jajan(makanan ringan). Hari biasa ibu dengan ayah tak bagi beli jajan, Ibu kata nanti otak beku. Masa tu kami tak paham apa, dengar je lah ibu cakap.

Tapi ayah bagi makan jajan seminggu sekali je, hari jumaat, masa ayah dan along balik sembahyang jumaat. Tapi setiap kali ayah pergi dengan along, mesti ayah tak beli, sebab ayah tipu, “kedai tutup” Padahal kami tahu, ibu tak bagi.

Along belajar dekat High School, masa UPSR along dapat 4A 1B, so masa turn aku UPSR, ibu dengan ayah selalu suruh along checkkan kerja sekolah aku. Pernah satu hari tu, along check, lepas tu aku marah, seab takut kantoi tak buat homework and cikgu buat tanda soal besar kat satu muka surat.

Bila along rebut buku latihan tu dengan aku, aku marah, then dia cubit tangan aku sampai aku nangis macam nak gila. Masa tu ayah kat ruang tamu, ayah pun masuk bilik, terus aku kata along cubit. Ayah ambil hanger, pukul along depan aku. Ayah kata along ni minta tolong sikit tak boleh, malah boleh cubit lagi adik (aku).

Masa tu serius aku rasa bersalah gila khinzir. Tapi sampai lani aku tak minta maaf dengan along pasal tu. Huhu. Paling best, masa aku tingkatan 1. Hari tu hari Ahad, cuti hujung tahun, ibu kat balai, ayah ada operasi kat Kluang. Kami duduk bertiga kat rumah. Masa baring tengok tv, aku rasa macam aku terkencing dalam seluar. Bila kau bangun, terus macam keluar air paip kat ehem-ehem aku, rupa-rupanya darah haid.

Aku terus masuk bilik air, then dari bilik air aku dengar suara along panggi aku.

“Apasal ni? Kau kenapa?” dia mungkin terkejut tengok drah depan tv. Haha, lepas tu senyap, dia pergi rumah mama. Pinjam kan aku Kotex. Hahaha. Then dia ketuk pintu aku, bagi kat aku kotex yang sudah ditampal di seluar dalam.

Malam tu, ibu tanya, macam mana along boleh tampal sendiri? Dia tetiba marah, dia kata bukan along, tapi mama. Rupanya mama yang suruh dia ambil seluar dalam aku, then mama tolong pasangkan.

Bila ibu tanya, “Along tak malu ke ambil seluar dalam hanim? Tengok seluar dalam hanim?” Along pun jawab, “Malu, tapi dia adik Along. So along kena tolong dia.” Ibu aku punya bangga, siap bagi along RM50 time tu juga. Ayah pun sama, puji lambung-lambung, tapi ayah siap pesan, “adik punya je tau, jangan ambil orang lain punya,”

Lepas PMR, along dapat straight A’s. Along diterima masuk MRSM Taiping, masa tu aku tingkatan 1. Along pergi asrama, masa hantar along pergi taiping, Aku dengan adik suka sebab boleh jalan-jalan. Then ayah dengan ibu kata nak bertolak awal sebab nak pergi Penang dulu lepas tu baru hantar along ke MRSM. Lagi syokkkk lah kiteorang semua.

Then kami pun berjimba lah di penang, tepi pantai, mandi kolam, makan itu ini. Sampai lah masa nak hantar along masuk asrama, aku dengana dik macam sedih. Sebabnya, masuk je bilik asrama Along, ibu dengan ayah tolong susunkan baju-baju Along. Ibu suruh aku dengan adik pasangkan cadar dan sarung bantal katil along. Masa tu Along kat bawah, ada taklimat ringsa denganw arden dia, sementara ibu bapa semua duk berlegar kawasan asrama dan sekitarnya.

Then masa tu juga, ibu pesan kat aku dengan adik. “Pernah tak masa Along duduk rumah, Hanim dengan Aya tolong Along?” Aku dengan adik diam je, then aku pun jawab lepas tu, “Ada, tolong ambik air, tolong cari songkok sekolah along, tolong sangkut baju along. Banyak lah”

Ayah pun menyampuk, “Yeke banyak? Ingat tak along bawa bonceng korang kat dalam berek petang-petang?? Along belikan lauk kat mamak masa ibu ayah kerja? Sampai jatuh basikal kena jahit kat kepala? Ingat tak?”

Aku dengan adik, diam je. Masa tu dah mula rasa sebak. Tapi aku buat derk je. Banyak lagi lah ayah edngan umi flashback kan balik kisah kami 3 beradik, time aku pasang cadar lah dia nak ingatkan.

Bila Along dah balik ke bilik, kami semua dah siap. Then along pun nak ikut turun p ke kereta. Masa nak jalan pi kereta, Along kat depan dengan ibu. Aku dengan adik ikut belakang ayah.

Then ibu cakap kat Along, “Along duduk sini, jangan rasa ibu dengan ayah tak nak jaga along kat rumah. Ibu lagi nak along duduk depan mata ibu, membesar depan mata ibu. kalau boleh ibu tak mahu dah pisah dengan anak-anak. Ibu nak semua duduk dalam rumah ibu, tunggu ibu balik kerja, ayah balik kerja.”

lebih kurang macam tu lah ibu sebut, then along start nak nangis, then ibu pun acted lah like ‘others’ ibu, peluk along. Usap-usap along, suruh belajar rajin-rajin jangan terpengaruh dengan kawan-kawan yang nakal.

Then time ayah pula, ayah pun cakap, “Penat ayah kerja selama ni, keluar tak tentu masa, balik tak tentu masa. Orang kat pejabat marah-marah, kerja kat luar orang awam pun suka marah-marah polis macam ayah. Ayah letih, ayah tak semangat. Tapi bila along berjaya, dapat masuke skolah asrama, sekolah baik, hilang semua penat ayah. Ayah rasa bangga dengan along. Adik-adik pun bangga.”

then ayah pun suruh aku dengan adik salam along. Kami macam orang tak betul dah lah masa tu, menangis sampai lencun lengan baju duk buat lap air mata. Along pun nangis juga. Dia siap pesan lagi ka adik kau masa tu darjah 3 “yaya berak kat sekolah flush tau!” sebab adik aku kalau berak kat rumah tak reti nak fush sendiri. Along lah tolong flush.

Time kat aku je, dia suruh fokus belajar, jangan banyak tengok tv. Bila ibu cakap sekali, buat terus jangan kata “jap jap.” Aku angguk je. Then masa balik, kami lambai along dari cermin belakang. Lepas tu 6 jam nak tempuh balik negeri Johor, aku dengan adik tak habis menangis, ibukata kami. berhenti nangis bila tertidur je. Lepas tu bangun, menangis lagi, drama sangat. haha

Then setiap kali cuti sekolah, along akan balik naik bas edngan kawan-kawan dia dan turun kat stesen bas. Ayah atau ibu akan ambil. And guess what? Setiap kali dia balik, dia akan bawa balik ‘jajan’ hahahaha. Lepastu setiap kali along balik, and of course, masa tu cuti sekolah. Ayah dengan ibu akan bawa balik kampung kat Muar dan jumpa nenek. Nenek duduk dengan mak usu. Bila jumpa nenek, kami seronok gila sebab jadi kaya sekejap. Nenek akan bagi duit banyak gila masa nak balik.

Then dengan duit tu lah, ayah atau ibu akan hantar kami dekat mall. Then aku, along dan adik akan pusing-pusing makan KFC, tengok wayang dan paling best, pergi kedai buku beli komik manga. Bila dah settle semua, cari public phone, call ayah suruh ambil kami kat mall.

Jangan main-main, kami ada ‘sibling day’s out’, ketuanya along. Then setiap duit yang kami belanjakan, umi akan tanya along, kat mana kami habiskan? haha, kalau adik mengamuk nak cool blog, along izinkan beli, along kena jawab lah dengan ibu. Ibu tak marah, tapi ibu tak bagi membazir.

Lepas SPM, along terus dibawa ke satu tempat di Sepang, untuk belajar bahasa. Masa tu results pun tak dapat lagi, along dalam proses persediaan nak ke luar negara untuk kos kejuruteraan.

Lepas keputusan umum, along dapat straight A’s lagi then dapat lanjutkan pelajaran kat German dalam bidang kejuruteraan kimia. lima tahun along kat sana, and setiap kali along dapat gajie krja kat bakeri, ddia buat parti time, dia akan belikan macam-macam dan pos ke malaysia. paling best, adik aku dapat banyak jenis ‘jajan’ dari German. Walaupun adik aku bising sebab along layan dia macam budak kecil lagi, along tetap kirim. Haha.

Bila cuti, along akan datang lawat aku kat asrama, aku masuk sekolah sains di Selangor. Along akan drive kereta, bawa aku keluar makan KFC, tengok wayang dan pergi kedai buku macam yang kami selalu buat masa dia ada di Malaysia.

Now, along dah balik, dah kerja dekat 2 tahun di sebuah kilang tayar milik syarikat USA. Tapi kilang tu kat malaysia je. Alhamdulillah, berkat usaha along, pengorbanan along, hidup dan langkah perjalanan along dipermudahkan Allah.

Along dapat kerja, kurang 3 bulan seelpas dia balik ke Malaysia dengan gaji starting dekat RM6,000. Kurang setahun bekerja, along berjaya bawa ibu ayah aku dan adik tunaikan umrah bersama, tapi sayang, nenek tak dapat bersama sebab nenek meninggal dunia masa Along tahun akhir.

Along sekarang pun dah kahwin, 7 bulan dah along kahwin. Kakak ipar aku pula kawan sekolah dia di MRSM dulu, kelas je lain. Masa along kahwin tu tak payah cakap lah, sekali lagi lencun tudung aku dengan adik. Sebab abang kami dirampas orang. Nasib baik kakak ipar baik, kalau tak awal-awal kami kick out dari rumah.

Aku pula dah habis pengajian tahun lepas, sekarang alhamdulillah dah 4 bulan beekrja sebagai pegawai farmasi di sebuah hospital kerajaan di KL. Adik aku pula di Mesir, tengah buat medik kat sana.

Hasil kesabaran dan ketekunan ibu ayah besarkan kami, selalu nasihatkan kami, along, aku dan adik dapat membesar dengan baik. Kami bertiga memang rapat, sampai hari ini, kami bertiga sama seperti dulu. Balik rumah ibu ayah kat kuaters, duduk baring lepak depan tv tengok Netflix. Now, ayah dah bersara waal, tunggu giliran ibu pula tahundepan bersara.

Since aku dan along dah kerja, kami nak ibu dan ayah rehat. Biar kami yang ambil alih tugas menjaga ibu dan ayah. Tinggal adik aku seorang je kena buktikan kepada along, yang kami betul-betul tunaikan janji, nak masuk univerisiti dan belajar rajin-rajin.

Now aku dan adik dah buktikan, kami buat bukan untuk orang lain tapi untuk ibu ayah dan along yang sudah banyak berkorban untuk kami.

Terima kasih Along…

– Hanim via iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *