Abg Menjaga anak istimewa satu rahmat buat produser dan pengarah, Erma Fatima. Sering berkongsi kisah anaknya yang bernama Citra dalam media sosial membuatkan banyak hati terhibur.

Semenjak solo, selepas bercerai dengan suaminya yang juga pengarah Bade Haji Azmi, kehidupan Erma tidak banyak berubah. Wanita berjiwa besar ini meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Dia mengabdikan diri kepada dunia seni, perniagaan dan kehidupan sama seperti biasa, bagai tiada apa-apa pun yang hilang daripadanya.

Lihatlah telatah comel Citra yang dikongsi Erma

Sumber: MHE PORTAL

Siapa Sangka, Anak Syurga Ini Jadi Penerbit Eksekutif Untuk Erma Fatima

Bukan menjadi perkara pelik bila selebriti popular Malaysia mengambil anak angkat. Tindakan mereka harus dipuji kerana bukan mudah untuk menjaga anak angkat lebih-lebih lagi jika mereka masih bujang atau bergelar ibu tunggal. Apa yang pasti, ia patut dijadikan contoh kerana mereka sanggup membela nasib kanak-kanak yang mungkin ketiadaan ibu bapa.

Hal yang sama yang dilakukan oleh pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima memiliki 5 orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain diambil perkahwinan bersama bekas suaminya Bade Azmi.

Citra Pandai Menjahit

Baru-baru ini Erma telah memuatnaik sebuah video yang mempu meruntun jiwa pengikutnya. Ramai yang tak tahu, sebenarnya salah seorang anak angkat yang dimiliki oleh Erma merupakan anak istimewa. Dikenali dengan nama Citra atau nama penuhnya Citra Bt Abdullah berusia 16 tahun, gadis cantik ini terlihat bersungguh-sungguh menjahit baju sambil ditemani Erma.

Mirip Pelakon Sweet Qistina

Video berdurasi 43 saat yang mendapat lebih 70 ribu tontonan itu telah mendapat perhatian pengikutnya dengan memuji kecantikan Citra mirip seperti pelakon Sweet Qismina. Rata-rata pengikut Erma mendoakan anak syurga ini sentiasa diberi perlindungan, keselamatan, kesihatan yang baik.

Erma Fatima Luah Rasa Bimbang

Menerusi kapsyen dalam video tersebut, Erma meluahkan rasa bimbang dengan masa depan anak istimewa ini jika dirinya sudah tiada lagi.

“Kesungguhan dia yg membuat aku rasa bila aku tiada nanti dia mampu hidup berdikari. #anaksyurgaku”- tulisnya

Citra Merupakan Penerbit Eksekutif

Jika anda mengikuti drama bersiri Mak Cun atau mana-mana drama yang diterbitkan oleh Erma Fatima, pasti akan perasan nama Citra Abdullah diletakkan sebagai Penerbit Eksekutif dalam senarai krew produksi di akhir rancangan. Malah nama syarikat produksi milik Erma, Rumah Karya Citra Production diambil sempena nama Citra.- Hangat

‘Tanpa Suami, Anak-anak Bahagiakan Saya’
PENGARAH dan pelakon Erma Fatima mengakui tidak berasa sebarang perbezaan menyambut Ramadan kali pertama tanpa kehadiran suami di sisi.

Erma atau nama sebenar Fatimah Rahmad, 50, yang bercerai dengan pengarah Bade Azmi pada Ogos tahun lalu berkata, dia juga tidak terasa kehilangan kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu.

“Saya berasa sama saja dan tiada bezanya menyambut Ramadan seperti tahun sebelumnya.

“Saya tidak terasa kehilangan suami mungkin kerana Bade sendiri sudah menetapkan giliran untuk bersama saya dan anak-anak di rumah selang sehari ketika kami masih suami isteri dulu,”€ katanya kepada Harian Metro.

Pelakon drama bersiri popular Mak Cun ini berkata, dia juga tidak terfikir mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hidupnya ketika ini.

“Dalam hidup saya sekarang, anak-anak adalah harta paling berharga dan saya cukup bahagia bersama mereka.

“Saya tidak mahu menyusahkan diri cari pengganti kerana bukan senang mencari orang yang memahami.

“Setakat ini, tiada mana-mana lelaki pun yang berani mendekati,” katanya.

Apapun, kata Erma, rutinnya pada Ramadan ini adalah memasak dan menunaikan solat Tarawih bersama anak-anaknya.

“Saya juga berehat dan tidak bekerja pada bulan yang mulia ini.

“Inilah masanya saya menghabiskan masa berkualiti, berbuka puasa dan bersahur bersama anak-anak.

“Anak-anak akan berasa sedih jika saya tidak dapat berbuka bersama mereka di rumah.

“Sebab itu, saya merancang untuk bawa anak-anak sekali menghadiri majlis buka puasa bersama anak-anak yatim di Kedah minggu ini,” katanya.

Bade melafazkan cerai terhadap Erma pada 17 Ogos tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang, selepas 26 tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, Citra, 16, dan Nurain, 12.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih!

Sumber IG Erma Fatima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *