Datuk Awie kini terlantar di hospital Ampang Puteri selepas mengadu sukar untuk bernafas.

Penyanyi kumpulan Wings dan pelakon terkenal, Datuk Awie kini dirawat di hospital Ampang Puteri selepas mengadu sukar untuk bernafas.

Ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, nada suaranya kedengaran sukar untuk berkata-kata.

“Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafas la.

“Sebelum ni dah tiga hari saya duduk kat rumah, ni dah empat hari di hospital, kiranya seminggu la sakit ni,” katanya dalam nada lemah.

Pada Isnin, Datuk Awie menerusi instagramnya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang.

Tambahnya, beliau memerlukan rehat pada ketika ini.

Melalui posting tersebut ramai peminat mendoakan kesihatan Awie.

sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *