Che Ta dan Zain Saidin merupakan antara pasangan artis yang sering sahaja dikritik dan dikecam oleh netizen berkaitan dengan cara didikan yang diberikan oleh mereka terhadap Aaisyah Dhia Rana.

Namun begitu, pasangan itu tidak pernah memandang kritikan orang luar itu sebagai suatu perkara yang besar dan merasakan hanya mereka yang mengetahui apa yang terbaik untuk anak kecil kesayangan mereka itu. Bagi pasangan ibu bapa itu, mereka hanya mahukan anak mereka merasai semua perkara yang ingin diterokainya.

Terbaru, pasangan selebriti ini sekali lagi menjadi perhatian gara-gara memakaikan Aaisyah pakaian lengkap sempena hari krismas dan bergambar di sekitar latar belakang hiasan hari natal. Tambahan pula dengan kapsyen di fotonya yang mengucapkan ‘selamat menyambut hari krismas’ kepada semua pengikutnya.

Comel nya Aaisya..

Dalam foto-foto yang dimuat naik oleh Che Ta di laman Instagram peribadinya, anaknya yang baru sahaja berusia 4 tahun itu dilihat sedang gembira bergambar di dengan dress lengkap hari natal bersama topi comel di kepalanya. Aaisyah kelihatan riang dengan suasana meriah itu.

Lantaran foto tersebut, laman Instagram Che Ta telah dibanjiri dengan komen daripada para pengikutnya, ada yang memuji kecomelan Aaisyah dan tidak kurang juga ada yang menghentam tindakan Che Ta sekeluarga yang terlihat seolah-olah menyambut hari natal yang sememangnya bukan budaya orang kita.

Rata-rata pengikut merasakan tindakan Che Ta berpakaian sebegitu dan mengucapkan selamat hari natal itu adalah suatu perkara yang tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila adat dan budaya orang bukan islam itu diterapkan kepada anak kecil mereka.

Kenapa ajar anak macamni, nak masuk kristian ke bila besar?

Amalan ni ditegah nabi..

Biar la dia nak didik anak dia macam mana pun

Zaman sekarang yang salah nampak betul je

Wish je takpe ni pakai baju dorang

Rasa macam Che Ta ni propa je anak dia awal2

Ulama kata haram!

Jangan kamu menyerupai orang yahudi, dia saja provok orang islam

Ni fesyen la bukan pasal agama

Comelnya aaisyah!

Sumber : IG Rozita Che Wan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *