Sama ada niat dia memang untuk bagi pengajaran atau dia sengaja nak dapat perhatian. Seorang lelaki Indonesia berusia 20 tahun ditahan dan dihukum penjara sebab viralkan video di internet, lapor detiknews.

Menurut pihak polis, ketika kejadian individu bernama Fuad tu berada dekat sebuah kafe dengan cousin. Lepas tu, mereka nampak ada sepasang kekasih duduk dekat meja berhampiran tengah ‘bermesra’ dan melakukan aksi tak senonoh. Lagi buat nampak buruk, perempuan tu pulak pakai tudung.

Tanpa berfikir panjang, Fuad keluarkan telefon, rekod aksi pasangan tu sebelum dia upload dekat internet sebagai ‘pengajaran’ dan terus viral pada Isnin baru-baru ni (17 Disember).

Malangnya, Fuad tak sedar yang dia dah melanggar akta dan undang-undang, membuatkan dia ditahan polis pada hari Selasa (18 Disember).

Ketika disoal siasat, Fuad mengaku merakam dan menyebarkan video tu atas alasan dia berasa ‘kecewa’ dengan tindakan pasangan kekasih tersebut.

“Saya rakam…Saya mahu beri mereka pengajaran. Saya kesal tempat seperti itu (kafe) digunakan untuk buat maksiat.”

Pada pendapat Fuad, dengan menyebarkan video tu melalui Whatsapp dan memalukan pasangan tu, mereka akan belajar dari kesilapan. Tapi malangnya, dia yang dapat pengajaran untuk tidak sesuka hati rakam video.

Walaupun rakaman itu tak sampai tahap pornografi, tetapi menurut polis Indonesia, Fuad telah melanggar undang-undang anti-pornografi dan Akta Transaksi Elektronik kerana menyebarkan kandungan video tidak bermoral secara online.

Kesalahan tu membuatkan Fuad mungkin berhadapan dengan hukuman penjara. Siasatan masih berjalan dan keputusan polis masih belum diketahui.

Niat dah betul dah, cara yang salah tu. Niat tidak menghalalkan cara sepatutnya fua boleh terus bersemuka dengan pasangan terbabit dan menasihatkan pasangan terbabit supaya tidak tidak melakukan perkara yg kurang sopan. Itu levih baik kerana mereka tentunay tidak akan akan ulangi perbuatan yg sama.

Sumber: Lobakmerah.com vis my info harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *