Anak dara Norman Hakim, Marissa Dania sering menjadi perhatian netizen. Meskipun bukanlah bergelar seorang artis, namun Marissa yang kini berusia 13 tahun itu mempunyai ribuan pengikut setia di Instagramnya.

Selain daripada memiliki rupa paras yang cantik menawan, ciri-ciri lemah lembut gadis Marissa atau lebih mesra dipanggil Dania ini sering menjadi perhatian netizen di laman media sosial.

Cantik Kan..

Terbaru, pelakon Memey Suhaiza yang telah berkahwin dengan Norman Hakim, telah memuat naik fotonya bersama puteri sulung Norman di laman Instagram miliknya.

Walaupun Memey sendiri sudah memilik tiga anak cahaya mata lain iaitu bersama Norman namun kasih sayang Memey kepada anak tirinya tidak berbelah bagi dan tidak pernah membeza-bezakan dengan anak kandungnya malah mereka dilihat sangat rapat.

Sama Sama Cantik, Seriras pun ada kan

Menerusi foto yang dimuat naik Memey di laman peribadinya, beliau dilihat berfoto mesra dengan Dania ketika hendak mempromosikan barangan kosmetik terbarunya. Namun apa yang lebih mencuri tumpuan pengikut Instagramnya adalah, wajah beliau yang kelihatan saling tak tumpah seperti anak tirinya, Dania.

Lantaran itu, ramai yang tekah meninggalkan komen menyatakan perkara itu.

Wah macam adik beradik!

Muka seiras!

Macam adik beradik ya Allah

Manisnya muka macam mummy

Dedua lawa, tak sombong

Sumber : IG Memey Suhaiza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *