Pada 22 Disember 2018,Dunia dikejutkan satu tsunmi yang disebabkan oleh letusan Anak Krakatau di Selat Sunda menghntam daerah pesisir Banten dan Lampung, Indonesia. Sekurang-kurangnya 229 orang telah mavt dan 720 cedra akibat insiden ini.Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), tsunmi disebabkan air pasang tinggi dan gelongsoran bawah laut kerana letsan gunung berapi tersebut.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengakui pihaknya tidak mempunyai sistem amran awal mengenai tsunami yang berpunca dari gunung berapi di kawasan Selat Sunda.

Menurut laporan Detiknews, BMKG hanya memasang alat pengesan tsunami yang berpunca dari pergerakan plat tektonik di kawasan berkenaan.

“Alat amran awal tsunami milik kami adalah untuk mengesan tsunmi berpunca dari pergerakan plat tektonik dan bukannya akibat gunung berapi.

“Oleh sebab itu, tiada amran awal,” kata Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Rahmat Triyono.

Beliau berkata, kejadian itu juga gagal dikesan kerana ia berlaku pada waktu malam dengan jarak penglihatan yang terhad.

Menurut Rahmat, dianggarkan ombak setinggi 90cm sehingga 1 meter membadai bandar Anyer, di wilayah Banten, dalam kejadian jam 9.27 malam waktu tempatan itu.

BMKG juga pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini berkaitan potensi gelombang tinggi di Selat Sunda bermula 21 Disember hingga 25 Disember 2018.

“Kami merekodkan gegaran di Pulau Sertung dan Cigelis pada jam 9.03 minit waktu tempatan yang memberi gambaran akan wujudkan aktiviti gunung berapi.”

Badan Nasional Pengurusan Benc4na Indonesia (BNPB) menjangkakan berlaku gelombang tsunmi kedua di Selat Sunda, dalam masa terdekat.

Detik News melaporkan, Ketua Pusat Data dan Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi atau tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan pantai.

“Kita khuatir kemungkinan akan ada tsunmi susulan kerana Gunung Berapi Anak Krakatau di Selat Sunda masih lagi meletus,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Sutopo, Pusat Gempa Bumi dan Tsunmi di Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), Badan Geologi, Agensi Penilaian dan Pelaksanaan Teknologi (BPPT) dan Kementerian Laut dan Perikanan Indonesia (KKP) masih mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati dalam satu sidang akhbar seperti dipetik oleh Kompas.com, menjelaskan gelombang tinggi yang melanda wilayah Banten dan Lampung semalam seakan-akan kejadian yang berlaku di Palu, September lalu.

Beliau memberitahu, berdasarkan corak gelombangnya yang pendek, ia adalah seakan-akan sama seperti di Palu yang meng0rbankan kira-kira 2,000 nyawa.

Dwikorita juga menyangkal dakwaan mengaitkan kejadian tsunmi berketinggian 0.9 meter itu dengan letusan Gunung Berapi Anak Krakatau yang berlaku semalam.

“Bagaimanapun, esok kita akan mengumpul lebih banyak data lagi untuk mengetahui sama ada kejadian itu ada kaitan dengan tanah runtuh atau sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini, ada pihak mengaitkan tsunmi itu kemungkinan tercetus akibat gelombang air pasang surut tidak normal dan tanah runtuh bawah air susulan letupan Gunung Berapi Anak Krakatau.

Namun Dwikorita memberitahu, ombak terhempas mungkin lebih tinggi daripada apa yang direkodkan kerana terdapat beberapa kawasan di Selat Sunda yang mempunyai morfologi teluk seperti di Palu. – AGENSI

Terakam Saat Tsnami Melanda Kelihatan Penduduk Melarikan , Ada Yang Berjaya,Namun Ada Juga Yang Hanyut Dibawa Arus

Terbaru, tular video menunjukkan detik detik tsunmi menghempas kawasan berpenduduk. Jelas kelihatan dari video penduduk bergegas menyelamatkan diri dengan berlari menjauhi kwasan pantai dan bergegas ke kawasan yang lebih tinggi.

Namun disebabkan kelajuan tsunmi yang datang , kelihatan beberape pnduduk gagsl menyelamatkan diri dan dibawa aris.

Video dibawah :

Penafian : tiada pengesahan samada video dirakam adalah semasa kejadian tsunmi Selat Sunda baru baru ini. Semoga kesemua yang terlibat selamat, dan bagi yang ‘pergi’ takziah dan alfatihah dari kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *