KOTA BHARU – Wanita berkulit putih melepak yang meng@muk dengan sebilah p1sau sehingga menc3derakan dua wanita dan seorang kanak-kanak sebelum berb0gel di hadapan sebuah hotel di Wakaf Che Yeh di sini kira-kira dua minggu lalu mendakwa dia ‘dir@suk’.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang pada 16 Disember lalu, wanita berusia 31 tahun yang berasal dari Tumpat dekat sini itu menginap di sebuah bilik di tingkat tiga hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, semasa kejadian wanita berkenaan secara tiba-tiba meng@muk dan mencederakan dua wanita berusia 24 dan 77 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

“Hasil soal siasat awal suspek tersebut tidak mengaku telah bertindak sedemikian dan menyatakan dirinya telah dir@suk. Hasil semakan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Malah ujian air k3ncing yang dilakukan mendapati dia tidak berada di bawah pengaruh d@dah serta tidak mempunyai sebarang rekod sebagai pesakit ment@l,” katanya ketika dihubungi di sni hari ini.

Beliau berkata, mangsa disambung reman sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506, Seksyen 427 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jen@yah, perbuatan khianat dan mencederakan.

“Selain itu, kita turut menyiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan L3tupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki pisau semasa kejadian,” tambahnya.

Kejadian tersebut menggemparkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian selepas wanita yang berkulit putih melepak itu bertindak di luar dugaan apabila dia menanggalkan pakaiannya sehingga tanpa seurat benang di hadapan hotel tersebut.

Kosmo! pada 17 Disember lalu ada menyiarkan laporan mengenai seorang wanita meng@muk dan mencederakan orang awam selepas dia dipercayai ditinggal kekasih.

Malah video berhubung kejadian tersebut mula tular di aplikasi WhatApps selang beberapa hari selepas itu. – K! ONLINE

Sumber Artikel: Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *