epada mereka yang mengikuti siri drama Pujaan Hati Kanda, pastinya akan tertarik dengan watak seorang bayi comel.

Menerusi drama berkenaan, bayi tersebut dijumpai Megat Danish, lakonan Remy Ishak ketika mahu melangsungkan perkahwinan.

Diberi nama Ayden Mikael, bayi berusia lingkungan 5-7 bulan itu mulai menjadi perhatian ramai dek kecomelannya itu.

Malah, para pelakon menerusi drama berkenaan juga turut tidak lepaskan peluang untuk merakam gambar bersamanya.

Ayden yang tampak selesa bergandingan bersama pelakon Mira Filza, menerusi drama yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 itu.

Pada masa sama, ibu bapa Ayden yang dikenali sebagai Kim Anna dan Azhar juga sering berkongsi gambar menerusi Instagram anaknya itu.

Foto: IG Ayden Mikael via mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *