Pelakon Mona Allen mendedahkan dia mempunyai darah campuran yang dimiliki daripada datuk dan neneknya.

Selepas menerima banyak persoalan mengenai wajah pan asia yang dimilikinya, Mona memberitahu menerusi Instagram (IG) Story miliknya bahawa datuknya merupakan orang Inggeris berasal dari Scotland dan berkahwin dengan neneknya orang Melayu tempatan.

Selain itu, Mona memberitahu dia dilahirkan di Pulau Pinang hanya kerana ibunya terpaksa melahirkannya ketika sedang bercuti di negeri tersebut sedangkan dia membesar di Selangor.

Mona menjelaskan perkara itu di IG Story miliknya selepas ramai yang mempersoalkan keturunan serta agamanya.

Mona yang mula dikenali menerusi telenovela Monalisa itu baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pelakon Pekin Ibrahim pada awal Disember lalu.

Sumber: Astro gempak

Artikel Berkaitan:

Pekin Ibrahim Mona Allen Kahwin Dalam Majlis Tertutup

Ramai juga yang sangsi dengan kenyataan pelakon Pekin Ibrahim yang beliau sebelum ini sedang bercinta dengan seorang model antarabangsa namun hari ini beliau membuktikan yang wanita yang dicintai itu memang wujud.

Dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat, Pekin Ibrahim dilaporkan selamat bernikah dengan aktres Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen pada pagi Jumaat lalu.

Rakan artis, Amyza Adnan menjelaskan yang beliau menerima jemputan ke majlis tersebut namun tidak dapat hadir kerana ada penggambaran lain dan menjelaskan pasangan ini sudah lama bercinta.

Lama juga, masa kami terlibat penggambaran Monalisa, Mona sudah bercinta dengan Pekin,” ujarnya.

Tahniah buat Pekin Ibrahim dan Mona Allen atas pernikahan ini, mungkin boleh buat majlis persandingan terbuka untuk para peminat pula meraikan pengantin baru ini. (rtky/m)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *