Kecantikan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta yang tidak dimamah usia ini seringkali mencuri tumpuan peminat. Berusia 45 tahun dan mempunyai 3 orang zuriat, Che Ta tidak pernah kelihatan seperti seorang ibu yang berumur 40-an.

Melihatkan kepada adik-beradik Che Ta yang tidak kurang cantiknya juga, Ayu Raudhah dan Ruby Che Wan, membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia disebalik wajah awet muda keluarga ini.

Terbaru, beberapa hari lepas, mereka sekeluarga dilihat sedang bercuti di Four Seasons Resort Pulau Langkawi Four, sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya bersama Zain.

Percutian yang dinikmati pasangan sama cantik sama padan ini turut disertai oleh seluruh ahli keluarganya termasuk la ipar biras mereka. Foto-foto percutian mereka ini dapat dilihat menerusi muat naiknya di Instagram Che Ta dan Ayu Raudhah beberapa hari lalu.

Namun diantara himpunan foto yang dimuat naik, sebuah gambar yang merakamkan diri Che Ta dan adik beradiknya telah mencuri perhatian peminat. Mereka adik beradik dilihat semuanya mengenakan baju kaftan atau orang panggil baju kelawar semasa bercuti.

Berbeza dengan orang awam yang sering menggelarkan baju kaftan ini baju rumah, mereka pula bergaya dan bersahaja mengenakan baju tersebut di tempat public.

Walau bagaimanapun mereka semua kelihatan anggun bergaya dan membuatkan netizen rata-ratanya meninggalkan komen dan memuji penampilan mereka tersebut. Namun terdapat individu yang memerli bertanyakan sama ada itu adalah pakaian atau langsir.

Cantiklah kaftan!

Baju ke langsir tu?

Yang pakai topi hitam tu suspend betul

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : IG Ayu Raudhah via teks artikel ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *