(Skroll ke bawah untuk tonton video dan melihat gambar terbaru Anak Kajol & Ajay)

SELAIN terkenal dengan filem yang menarik, Bollywood juga terkenal dengan perkahwinan pasangan sesama artis. Antaranya, Rishi Kapoor dan Neetu Singh, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan, dan juga, Kajol dan Ajay Devgn.

Menerusi laporan The Times of India, dalam satu temubual dengan Neha Dhupia di dalam program ‘No Filter Neha’, Kajol mendedahkan bagaimana keluarganya tidak mahu dia berkahwin dengan aktor Ajay Devgn.

Kajol berkata, ketika dia nekad mendirikan rumah tangga ramai menentang keputusan itu termasuk keluarganya.

“Ayah saya tidak bercakap dengan saya selama seminggu ketika beritahu ingin berkahwin.

“Saya masih ingat lagi kata-katanya iaitu saya masih muda dan kerjaya sedang berkembang mengapa perlu berkahwin secepat ini,” katanya.

Dia menambah bahawa bapanya mempersoalkan keputusannya ketika kerjayanya berkembang dan dia terlalu muda untuk berkahwin tetapi Kajol berkeras untuk berkahwin dengan Ajay.

Bintang bintang berusia 44 tahun itu berkata, dia dan Ajay adalah orang yang sangat berbeza dan itulah sebabnya ramai meragui bagaimana menjadi pasangan.

Menurut Kajol, antara rahsia rumah tangganya masih bertahan sehingga kini adalah kerana anak.

“Hubungan kami masih kekal harmoni kerana bekerja dalam bidang yang sama dan mempunyai dua cahaya mata.

“Kami perlu bertanggungjawab dengan anugerah yang diberikan ini dan perlu membesarkan mereka dengan baik,” katanya.

Kajol dan Ajay mendirikan rumah tangga pada 1999 dan dikurniakan dua zuriat yang diberi nama Nysa serta Yug.

Selama ini Kajol dan Ajay menutup rapat kehidupan peribadi keluarganya dari media. Namun setelah Nysa meningkat usia remaja yang kini berusia 15 tahun, Ajay dan Kajol berani memamerkan anak gadisnya itu kepada umum. Ramai yang terkejut melihat perubahan Nisa yang cantik dan makin seksi seperti ibunya.

Ini gambar2 terbaru anak Kajol dan Ajay

Kajol dan Ajay Devgn akan dilihat lebih kerap berulang alik dari Mumbai ke Singapura bermula bulan Ogos nanti dek kerana anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun, Nysa akan memasuki United College of Southeast Asia.

Bahkan ada juga ura-ura yang keluarga Devgn berkemungkinan bakal menyewa sebuah rumah di kota singa itu untuk beberapa tahun kerana mahu lebih dekat bersama seisi keluarga.

Anak bintang ternama Bollywood lain yang turut meneruskan pembelajaran di luar negaa termasuklah anak sulung Shah Rukh Khan dan Gauri Khan iaitu Aryan Khan yang mana kini menuntut di sebuah universiti di California dan anak perempuan, Suhana di sebuah sekolah di London.

Cucu kepada Amitabh Bachchan iaitu Nayya Naveli Nanda pula meneruskan pelajaran di sebuah universiti di New York.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : SViral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *