Penyanyi, Noraniza Idris berkongsi foto akad nikah anaknya, Mohd. Aliff Haiqal Mohd.Fauzi dengan pilihan hatinya, Ezza Nafiesha Zakaria.

Di ruangan kapsyen, kelihatan penyanyi lagu Awallah Dondang berkongsi sedikit peribadi menantunya serta doa dan harapan buat mereka berdua dalam melayari bahtera perkahwinan.

“Alhamdulillah .. anak sulungku dah bergelar suami .. semoga rumah tangga kekal hingga ke Jannah. Amin ya rab.“Menantu sulung sy .. @ezza.nafiesha seorang yang lembut tapi ada prinsip tersendiri. Semoga bijak melayari bahtera sebagai isteri dan ibu paling terbaik buat @aliffh23 & cucu mama akan dtg ok,” tulisnya.

Alhamdulillah

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut mendoakan pasangan tersebut.

Pasangan itu bernikah di Port Dickson pada Ahad lalu serta majlis resepsi diadakan di hari sama di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Foto/Instagram: Noraniza Idris & Ezza Nafiesha Zakaria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *