Dunia perkahwinan ini sangat indah jika mampu dan bertanggungjawab serta jatuh hukum wajib pada seseorang maka beliau perlu berkahwin.

namun asam garam dalam perkahwinan kadang-kadang agak pelik tetapi tak mustahil berlaku kepada setiap pasangan. Sebagai contoh pasangan dibawah ini

Hi assalamualaikum min . Tolong hide Facebook kawan I ya . I nak tanya pendapat semua normal ke kalau husband I suka sangat cium ketiak I.

Almost everyday kalau dia Balik kerja and sebelum pergi kerja dia akan cium ketiak I . Kalau tak cium pun . Dia mesti nak pegang and tengok.

Kalau balik pergi dia panggil I dari jauh “ketiak comelllllll ohhhhhhhh ketiak comel” sampai I jadi pelik and confuse . Is it normal my husband macamni ataupun ada wife yang lain ada kes yang sama macam I lalui? I nak cuma nak tanya pendapat orang lain . Thankyou

INI PULA KOMEN-KOMEN NETIZEN

Misery Heart Normal sis..terlalu normal..klau dia cium tiak aku baru tak normal

Jupiterr Lantak kau la… Jiran aku lagi rare… Balik umah jer… Dia jerit kat bini dia… “Heyyy bontot comel… Abg dah balik…” Bkn reti nak bg salam pun….

Lily Arif Kalau laki aku atas katil, aku baru nak angkat ketiak bukak baju dia dah kelam kabut terabur lari bilik sebelah. K.

Cahaya Tulip Bek ko g berubat..mgkin ada saka bsembunyi kt ketiak ko…selisih…

Lynn Hazlieynna Tu pun nak bgtau 1 dunia…ko patut gembira laki ko suka cium ketiak ko..xpyh nak gedik tya normal ke x..kalau laki ko suka cium ketiak jiran ko baru boleh tanya kat sini

CikPuan Lily Rose Biasa lah tu… Ketiak tu kan dia beli… Bkn dia amik free… Dia jnis obses ngn ketiak ko la tu… Kang dia obses ngn ketiak janda lain bru ko taw…time tu jgn nk meroyan kt sini.. Kalu ko rimas, aku rsa ad baiknya ko hari2 lap ketiak ko ngn kain buruk… Lama2 melugai la dia.

Lain pula dengan kisah ini… Inikan Ketiak Suami Saya, Bukannya Saya Cium Ketiak Suami Awak Pun.

Hehe… ini adalah dialog ibu hamil kalau terlalu obses dengan sesuatu yang dia nak walaupun bau ketika.. hehe.. ini namanya MENGIDAM..Maybe ada yang rasa nak termuntah bila bercakap pasal ketiak ni..tapi percayalah inilah realiti.
Kenapa macam tu? Penerimaan roh baru ketika tempoh kehamilan 4 bulan akan banyak mengubah pemikiran dan kehendak seseorang ibu hamil.

Tapi tak semua yang lalui perangai perangai luar biasa ini. Lain wanita, lain caranya.Kalau bagi kita bau wangi tu adalah best..tapi bagi sesetengah ibu hamil,bau busuk tu adalah bau wangi padanya.Amboii..takkan lah berganduh bab nak cium ketiak? haha… ketahuilah… walaupun kita rasa loya dengar benda benda macam ni, kalau dah wanita hamil rasa bau tu yang best..kita memang tak boleh nak kata apa.

Lain macam ‘peragai’ dia..Nak kata comel pun boleh..Nak kata buang tabiat pun boleh..Tahu tak siapa yang paling terkesan dengan wanita hamil? hehe..ofcoz suami..Buat para suami sekalian..ambil tahu hal ini, jika isteri anda hamil. Dia hamilkan anak anda…. so anda pun terlibat untuk ‘hamil’ bersama isteri anda. hehe…Suami kena tahu perkara ni jika taknak menyesal. kenapa? Keseimbangan pemikiran anak anda… cara pergaulannya & akhlaknya banyak dipengaruhi sejak di dalam kandungan lagi.

Katakan isteri anda murung sepanjang kehamilannya kerana kurang kasih sayang dari anda..anak di dalam kandungan juga berkemungkinan besar untuk mendapat ‘perangai’ yang sama kelak..Biarpun adakalanya para suami “menyampah” dengan kerenah “mengada ngada” isteri, ketahuilah.bahawa itulah cara semulajadi yang Allah design buat wanita untuk menunjukkan rasa sayang & kasihnya dia pada anda. Anda perlu tahu.isteri anda tidak punya tempat lain utk mengadu.. memeluk & bermanja..cuma anda..andalah suaminya

Pencerahan

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *