Kelihatan 3 kanak-kanak berlari di atas bumbung khemah di Masjidil Haram. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Warga Arab Saudi kehairanan selepas tersebarnya satu video menunjukkan 3 kanak-kanak lelaki berlari di atas bumbung khemah di dalam Masjidil Haram, lapor Stepfeed.

Dalam klip berdurasi 42 saat itu, kanak-kanak terbabit dilihat berada di atas bumbung khemah dan bermain di kawasan itu, malah tidak diketahui bagaimana mereka memanjat ke atas khemah tersebut.

Video tidak bertarikh yang tersebar di Twitter itu mencetuskan kemarahan pengguna media sosial Saudi. Ada yang menyalahkan ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana membiarkan anak-anak mereka berkeliaran tanpa pengawasan.

“Ia tanggungjawab ibu bapa untuk mengawasi dan menjaga anak-anak mereka. Mengapa penjaga tidak mengajar anak-anak mereka mengenai kesucian tempat ini dan memastikan mereka memahaminya? Ini adalah tempat ibadat, bukan ruang untuk mereka menghabiskan hujung minggu mereka,” luah pengguna Twitter, Maar.

Malah, ada juga yang menyalahkan pasukan keselamatan masjid itu: “Di mana pasukan keselamatan dan mereka yang bertanggungjawab terhadap tempat ini.”

Kanak-kanak bermain di bahagian atas khemah berhampiran Haram al-Makki dan aktivis bertanya tentang akses mereka ke tempat yang tinggi dan berbahaya ini

Tidak kurang juga ada yang membuat jenaka berhubung insiden itu: “Saya memerlukan kecergasan mereka untuk membersih dan mencuci baju saya,” serta “Mereka monyet, bukan manusia.”

Sumber : mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *