Tiada angin, tiada ribut, sedar-sedar pelakon Noorkhiriah sudah ada cahaya mata ketiga!

Pelakon drama Nur itu juga telah berkongsi sekeping foto di akaun Instagram bersama anaknya itu beserta kapsyen.

Meski tidak menjelaskan secara terperinci mengenai si comel tersebut, namun pelakon itu ada memperkenalkan bayinya sebagai Nur.

“Assalamualaikum
Salam Perkenalan Dari Saya..NUR
Alhamdulillah NUR dah habis pantang.

“Doakan NUR sihat sejahtera
Membesar dengan jaya & menjadi
seorang hafizah..impian Mama.

“Pasni mama dah tkleh jimba sorang2
Kena bawak NUR sama
Tqsm Papa,Mama,” tulis Khiriah.

Lalu, netizen mulai terkejut dan meninggalkan komen yang pelbagai terhadap postingnya itu.

Untuk rekod, Khiriah dan suami, Azfaizul Ahtan telah mendirikan berkahwin pada November 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

Dalam perkembangan lain, aktres serba boleh itu sedang mempersiapkan diri untuk kembali memegang watak Ecah menerusi drama rantaian, Nur 2.

Foto : IG Noorkhiriah

kredit: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *