Nama penuhnya Roszaliza Yusof atau dikenali Ezza, merupakan seorang penggemar fesyen. Pada siapa yang follow Ezza di Instagram, dia selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels yang terkini.

Tidak hairan lah Ezza mempunyai perniagaan yang berlandaskan fesyen iaitu menjual kasut untuk kaum wanita. Ezza merupakan founder @2tomorrowmy. Anda boleh lihat kasut-kasut yang dijualnya sangat cantik dan trendy. Nak tahu lebih lanjut anda boleh check out di laman Instagram Ezza.

Jika anda salah seorang followers Ezza di instagram, anda akan tahu bahawa mereka ni merupakan rakan baik dan sentiasa menyokong karier masing-masing.

Sama cantik, sama padan. Akhirnya 1 Mei merupakan tarikh yang mereka tidak akan lupa buat selamanya kerana tarikh itu merupakan detik bermulanya perjalanan mereka untuk mendirikan rumahtangga dan mulakan hidup bersama.

Remy Ishak lebih senang untuk tidak menceritakan lebih lanjut tentang berita pertunangannya itu tetapi kami pasti ramai yang gembira. Apa-apa pun kami doakan supaya pasangan ini hadapi fasa pertunangan dengan tenang dan seterusnya ke jinjang pelamin.

Sumber: Instagram Ezza Yusof/ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *