Saharul bersama isteri dan anak ketika mengerjakan Umrah baru-baru ini.

PELAKON Saharul Ridzwan yang baharu sahaja pulang mengerjakan Umrah memberitahu pengalaman ke Makkah bersama anak lelakinya, Muhammad Luth Ali yang berusia 18 bulan tidak sukar seperti sangkaannya.

Sebaliknya kata Saharul, walaupun anaknya masih kecil dan lasak namun dia bersama isteri, Qaabila Deena Emir dapat melakukan ibadah dengan tenang dan sempurna.

“Apabila bawa anak kecil ke sana cabaran itu memang ada kerana kita kena ikut masa dia tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sepanjang kami sekeluarga berada di sana.

“Sebelum ini timbul juga rasa bimbang namun Allah permudahkan urusan kami dan kepada yang nak bawa anak kecil ke sana pesan saya tidak perlu takut.

“Kemudahan di Makkah dan Madinah sebenarnya banyak yang mesra kanak-kanak dan pengalaman ini memori berharga buat kami sekeluarga,” katanya yang ditemui pada Tik Tok Year End Party pada Sabtu.

Saharul mahu lebih serius dalam bidang pengacaraan.

Selain selebriti Tik Tok, antara artis yang turut hadir memeriahkan acara adalah Fasha Sandha, Datin Diana Danielle, Aiman Tino, Zoey Rahman, Kamal Adli, Haqiem Rusli dan Izzue Islam.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan karier seninya, Saharul berkata bermula Januari ini dia akan kembali sibuk dengan penggambaran drama bersiri untuk TV3.

Kata Saharul, dia juga akan kembali sebagai hos program sukan ekstrem, Impak Aksi musim kedua yang akan disiarkan di TV1.

“Alhamdulillah pelbagai aktiviti menanti saya pada tahun depan dan azam saya tidak mahu hanya tertumpu kepada lakonan sahaja sebaliknya ingin mengembangkan bakat dalam pengacaraan.

Saharul juga berhasrat untuk menimang anak perempuan pula tahun depan.

“Impak Aksi yang sudah pun masuk musim kedua diharap dapat menjadi titik tolak kepada lebih banyak peluang dalam bidang pengacaraan selepas ini.

Tidak hanya berazam untuk kariernya, Saharul juga memberitahu dia teringin untuk menimang anak perempuan sekiranya diberikan rezeki oleh Allah.

Saharul berkata, impiannya itu juga adalah azam 2019 dan berharap harapannya untuk mempunyai anak perempuan terlaksana.

“Hasrat tahun 2019 kalau boleh nak anak perempuan… InsyaAllah,” katanya.

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2018/12/30/saharul-ridzwan/#0wtTpFSLQdxzk9ET.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *