‘Saya Tak nak orang salah sangka’ – Bapa kendong baby atas motor tampil jelaskan cerita sebenar. Baru-baru ini tersebar di media sosial gambar seorang bapa yang mengendong anaknya mengundang rasa simpati orang ramai.

Ramai netizen menyangka bahawa lelaki itu terpaksa membawa anaknya sambil melaksanakan kerjanya sebagai rider City-Link kerana tidak mampu mengupah pengasuh atau tidak mampu menghantar anak ke pusat jagaan harian. Namun tanggapan netizen itu ternyata tidak tepat sama sekali.

Hubungi pihak City-Link Express

Adam (@ATMology) semalam menghubungi pihak City-Link Express berhubung gambar viral itu berjaya mendapatkan maklumat mengenai kakitangan terbabit yang bertugas di Cawangan City-Link Cheras.

Adam kemudian menghubungi Muhammad Ikhram Ahmad dan mahu menyalurkan bantuan kepadanya.

“Saya sendiri tak tahu nak cakap apa. Segan pun ada. Terima kasih banyak-banyak dengan sumbangan ini. Hanya Tuhan saja mampu balas apa yang awak buat,” katanya.

Bagaimanapun kata Ikhram, dia tidak mahu orang salah sangka dan ramai yang salah faham dengan gambar viral.

“Saya sebenarnya dalam perjalanan nak hantar anak saya ke taska dan masa itu ternampak oleh hamba yang prihatin tentang masyarakat sekeliling.

Minta Maaf

“Jadi, saya minta maaf atas salah faham yang berlaku,” jelasnya.

Menurut Ikhram, anaknya, Nur Chayra Ziaulhaq, baru berusia satu tahun.

Berasa Segan

Meskipun Ikhram berasa segan untuk menerima sumbangan itu, tetapi Adam tetap mahu beliau menerimanya dan menganggap sumbangan itu sebagai sedekah untuk anaknya.

Sumber: The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *