Hujung tahun dan sambutan tahun baru menjadi pilihan golongan selebriti untuk melancong dan bercuti bersama insan tersayang.

Sudah tentu negara-negara beriklim sejuk menjadi destinasi pilihan mereka sempena meraikan kedatangan tahun baru 2019 yang tinggal beberapa hari lagi.

Berbeza selebriti ini, mereka nampaknya memilih untuk melancong di dalam negara sahaja dan dilihat cukup seronok menikmati percutian ini bersama keluarga tercinta.

Niena Azman, isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody melahirkan rasa syukur biarpun suaminya itu hanya membawa dirinya bercuti sekadar di Pantai Morib sahaja.

“Suami saya bukanlah orang ‘ada-ada’ tapi Alhamdulillah masih cukup makan hasil rezeki-Nya.

“Tengok pasangan artis lain bawa isteri mereka ke Maldives, Bali, Umrah..seronoknya! Dia (suami) bawa saya ke Pantai Morib je tapi saya bersyukur sebab dia tak pernah merungut untuk buat apa sahaja untuk saya,”tulis Niena di Instagram miliknya.

Tidak kiralah dalam atau luar negara, setiap percutian itu membawa bahagia. Bercutilah ikut kemampuan, jangan bercuti sakan, berbelanja habis-habisan hingga memudaratkan kewangan dihari kemudian. -MHE TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *