Perkahwinan Raja Ilya bersama jejaka pilihan hatinya, Trent di Aussie baru-baru ini mengundang kontroversi apabila rata-rata netizen mengkritik gambar perkahwinannya yang memperlihat aksi bercumbu pas4ngan pengantin baru itu dan busana perkahwinannya yang dikatakan terlalu menj0lok mata. Apabila menyentuh soal budaya dan agama, tentulah para netizen yang paling kuat melatah dan menghakimi tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Belum sempat kontroversi tersebut reda, Raja Ilya sekali lagi diburu kontroversi baru apabila memuat naik gambar upacara perkahwinannya di media sosial. Gambar yang memperlihat Raja Ilya menangis dihadapan suaminya yang seolah membacakan ikrar perkahwinan itu, dihujani komen netizen yang mengandaikan pas4ngan tersebut melangsungkan upacara perkahwinan mengikut budaya barat.

Ramai yang mempersoal status agama Raja Ilya dan suaminya serta meminta pelakon tersebut untuk memuat naik gambar akad nikah mereka atau memberi penjelasan mengenai hal tersebut untuk mengelakkan fitnah. Berikut ada komen daripada netizen.

Mohon beri penjelasan, risau fitnah nanti

Sabar guys, jangan cepat menghukum

Rasanya takde la Raja Ilya ni jahil sangat bab agama

Ke kahwin campur?

Mana tahu ini gambar untuk perkahwinan sivil

Sumber: IG Raja Ilya, nst

Kredit:kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *