MAJLIS pernikahan antara pelakon Elfira Loy dan Faris Khairol Anwar mendapat perhatian meluas selepas gambar ijab kabul mereka tersebar luas sejak pagi Selasa.

El atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri dilaporkan selamat disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 9.30 pagi di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya.

Gambar yang dikongsi Elfira di Instagram

Turut berkongsi detik bahagia pasangan merpati dua sejoli ini ialah pengapit pengantin yang masing-masing memuat naik video majlis tersebut di Instagram mereka.

Elfira dan Faris juga dikatakan bakal mengadakan majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan turut dilaporkan mereka bakal mengadakan lima majlis berbeza bagi meraikan hari bahagia mereka.

Elfira, 24, dan Faris mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu.

Sebelum ini Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 namun ikatan itu terputus pada 18 Februari 2018.

’Selamat maju jaya Elfira…’-Sufian Suhaimi

“SELAMAT maju jaya untuk Elfira dan pasangannya,” kata penyanyi Sufian Suhaimi mengenai pernikahan bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy, hari ini.

Sufian ketika dihubungi berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan Elfira dengan Muhammad Faris Khairol Anuar.

“Tiada apa yang ingin saya katakan sebab kami sudah lama meneruskan kehidupan masing-masing.

“Saya pun gembira menikmati kehidupan saya sekarang,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Terdahulu Sufian dan Elfira bertunang pada Oktober 2017 dan mengambil keputusan untuk meleraikan ikatan terbabit empat bulan kemudian.

Elfira selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar, pada pagi hari pertama tahun baharu 2019.

Dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin, majlis bermula 9 pagi itu berlangsung dalam majlis tertutup di Cyberjaya

sumber: Mstar via metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *