Bagi sambutan malam tahun baru 2019, diantara pasangan selebriti yang mencuri perhatian ramai adalah Zahirah MacWilson bersama Aiman Hakim Ridza. Kisah cinta mereka menjadi berita hangat yang diperkatakan ramai apatah lagi keduanya merupakan antara pelakon yang terkenal.

Meskipun, ada yang percaya hubungan mereka adalah satu gimik namun sejak kebelakangan ini kedua pelakon ini sudah beberapa kali berkongsi foto bersama.

Malah, peminat juga turut menyokong hubungan Zahirah dan Aiman yang kini dilihat makin serasi bersama. Sama cantik, sama padan!

Tulis Aiman di Instagram, “It’s 2019 and you make me feel like I’m 19..again. Happy new year” dan turut tidak ketinggalan juga hashtag pasangan ini iaitu zahirAH.

Netizen di ruangan komen, tidak melepaskan peluang untuk turut mengucapkan ‘happy new year’ buat pasangan ini yang ada antaranya juga meluahkan ingin melihat lakonan gandingan Zahirah dan Aiman di kaca televisyen.

Happy new year to ZahirAH

Jangan tunggu lama2 nanti dikebas orang…

Cuteness overload

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *