Pelakon Farah Nabilah menegaskan artikel yang mengatakan dia ada memarahi seorang pengarah yang juga merupakan pengurusnya itu tidak benar.

Bagaimanapun Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut.

“Berkenaan dengan artikel tersebut memang tidak benar langsung dan saya tak nak panjangkan cerita ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Farah diminta mengulas mengenai artikel di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mengatakan dia sudah tunjuk belang dan menganggap dirinya seperti bintang nombor satu negara.

Menerusi laporan tersebut, Farah turut didakwa bersikap diva ketika menjalani penggamabran di luar negara oleh sebuah produksi.

Malah, penerbit dan kru produksi tersebut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan perangai buruk pelakon drama bersiri Titian Cinta ini.

Sebelum ini, Farah dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka dalam sebuah majlis pada awal Disember tahun lalu.

Menerusi laporan mStar Online pada 9 Disember tahun lalu, Farah menafikan khabar angin itu dan menjelaskan foto-foto yang tersebar di media sosial adalah majlis pertunangan sepupunya.

Dalam pada itu, Farah berkata, masih terlalu awal untuk dia memikirkan tentang mendirikan rumah tangga.

Katanya, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Bagi saya masih jauh lagi perjalanan untuk ke arah itu, banyak yang saya ingin capai dalam kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga,” ujarnya.

Farah Nabilah sudah bertunang?

Farah Nabilah menafikan khabar angin dia kini sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka dalam sebuah majlis.

Sebaliknya, Farah atau lebih mesra disapa Fawaa, 26, berkata, foto-foto yang tersebar di media sosial itu adalah majlis pertunangan sepupunya.

“Bukan saya, itu adalah khabar angin sahaja. Sebenarnya ia adalah majlis pertunangan sepupu saya.

“Kalau saya yang bertunang, sudah tentu saya akan beritahu semua,” ujarnya kepada mStar Online.

Farah berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengenai pertunangannya.

Foto-foto yang dimuat naik ahli keluarga terdekat pelakon Titian Cinta itu di laman sosial telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Dalam pada itu, Farah berkata, masih terlalu awal untuk memikirkan tentang mendirikan rumah tangga.

Katanya, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatianterhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Bagi saya masih jauh lagi perjalanan untuk ke arah itu, banyak yang saya ingin capai dalam kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *