RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti.

Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis ‘Christ is coming’ dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba.

Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bncana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehncuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

NASA sebelum ini pernah membuat pengumuman mengenai asteroid gergasi yang dijangka menghntam bumi pada 2019.

Batuan angkasa yang dinamakan 2002 NT7 itu dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.

Menurut perkiraan, ia berkemungkinan bakal menghentm bumi pada 1 Februari. Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu ditarik serta-merta oleh pihak NASA.

Ujar NASA, mereka akan membuat perkiraan semula dan mengesahkan bahawa ia bukan satu ancaman kepada bumi. Malah kata NASA, ia bakal melalui bumi tanpa membuat sebarang perlanggaran, dijangka pada 13 Januari ini.

Dalam pada itu, ahli teori konspirasi menyifatkan pihak NASA cuba untuk menutup anc4man berkenaan daripada pengetahuan umum.

Ujar mereka, 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai ‘risiko impak positif’ yang dipercayai bakal mengh3ntam bumi.

Namun, NASA secara tiba-tiba mengumumkan bahawa ia bukanlah satu anc@man setelah perkara itu menjadi topik perdebatan hangat. Malah sepanjang 2018 sahaja sebanyak 75 video mengenai asteroid 2002 NT7 dimuat naik ke laman Youtube.

Sebelum ini, pada Arpil 2018 sebuah asteroid sebesar padang bola sepak dikenal pasti hampir melnggar Bumi.

Menurut laporan daripada Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), asteroid sepanjang 110m itu menghampiri Bumi pada jarak 192,500km iaitu jarak yang separuh daripada kedudukan planet kita dengan Bulan.

Berdasarkan pemerhatian NASA, asteroid yang dikenali sebagai ‘2018 GE3’ itu direkodkan sebagai asteroid yang paling hampir melepasi Bumi. Memetik laporan Earthsky.org, asteroid itu mempunyai bentuk seperti pesawat Apollo dan bergerak dengan kelajuan 66,174 batu setiap jam.

“Sekiranya asteroid itu memasuki kawasan atmosfera Bumi, sebahagian besar kawasan kita akan musn4h akibat pergeseran dengan angin,” kata laporan itu.

Asteroid ‘2018 GE3’ mempunyai keluasan besar, iaitu tiga hingga enam kali daripada saiz batu meteor yang mendarat di Chelyabinsk, Russia pada Februari 2013.

Asteroid ‘2018 GE3’ pertama kali dikenal pasti di Catalina Sky Survey di Arizona.

Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch.

Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan ‘mati’ pada 20 bilion tahun dari sekarang.

AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.

Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.

Fenomena alam berangkai

Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemsnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

“Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan b4njir besar pada dunia,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusn4han alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bncana yang amat dahsyat.

“G3mpa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan ‘tindakan-tindakan’ melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu,” ujarnya.

Sumber dari AstroAwani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *