Pelakon dan pengacara, Elfira Loy selamat bergelar isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar, pagi tadi.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin dan selebriti berusia 25 tahun itu sah bergelar isteri dengan sekali lafaz menerusi acara yang berlangsung secara tertutup di Cyberjaya.

Elfira sendiri turut berkongsi gambar pernikahannya dengan kapsyen ringkas : “Alhamdulillah”.

Rata-rata pengikut Instagramnya termasuk teman artis turut mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

Elfira dan Faris mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu. Hubungan pasangan ini mula menjadi perhatian selepas Elfira memuat naik gambar bersama Faris sekitar Ogos dan memberi bayangan dia sudah pun memulakan hubungan baharu.

Menerusi temu bual bersama Sinar Harian sebelum ini, Elfira berkata, sikap Faris yang menghormati keluarganya, memahami dan baik membuatkan dia menjadi seorang yang istimewa.

” Dia ada visi untuk masa depan dan mak saya percaya dia boleh menjaga saya.

” Saya pun tak sangka secepat ini menemui pengganti, tapi perkenalan dan perhubungan kami berjalan dengan lancar dan pantas. Dia juga yang minta untuk bertunang.

” Malah saya rasa bersyukur selepas mengenalinya. Sebelum ini saya sering terfikir, mengapa ini (putus tunang) yang terjadi kepada saya.

” Tapi sekarang saya rasa lebih bersyukur dan he is the one,” katanya.

Sementara itu, Elfira berkata, dia akan tetap meneruskan karier seninya seperti biasa biarpun selepas berkahwin.

” Dia mengenali saya sebagai Elfira Loy. Jadi dia kena terima siapa saya dan dia sendiri tidak memberi halangan,” ujarnya.

Kenali siapa suami Elfira Loy ini

Difahamkan, jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Faris Khairol Anuar itu bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota. Khairol Faris Anuar dikatakan juga merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk

Elfira sebelum ini memilih untuk tidak mengulas lanjut tentang siapa tunang beliau itu, sebaliknya hanya memberi bayangan dirinya sedang dilamun bahagia menerusi Insta Story di Instagram apabila memuat naik gambar bentuk hati sekitar September lalu.

Sementara itu identiti Faris mula dihidu beberapa bulan lalu apabila Elfira memuat naik foto bersama seorang lelaki pada 19 Ogos lalu berserta kapsyen: ‘Buang kebencian, lahirlah kebahagiaan’, seterusnya mencetuskan andaian dia sedang dilamun cinta.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Elfira dengan memuat naik sekeping foto beserta kapsyen melahirkan rasa syukur menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, beberapa minit lalu.

“Alhamdulillah,” tulisnya secara ringkas.

Di majlis tersebut, Elfira anggun mengenakan busana pengantin serba putih manakala Faris pula mengenakan baju melayu lengkap dalam rona yang sama.

Rata-rata rakan artis dan pengikut menghujani ruangan komen entri tersebut dengan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung di Cyberview Resort, Cyberjaya.

Terdahulu, Elfira dan Faris telah mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018 selepas menjalinkan hubungan cinta selama beberapa bulan.

Sebelum ini, Elfira bertunang dengan Sufian pada 6 Oktober 2017, namun berpisah pada 18 Februari 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak dan IG Sufian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *