Korang ingat lagi tak kes gadis-gadis bertudung peluk penyanyi kpop atas pentas dulu tu? Haa sekarang timbul lagi isu yang lebih kurang sama!

Kecoh dekat media sosial baru-baru ni,seorang gadis dari Malaysia cium Ariel ketika tengah buat persembahan di atas pentas. Difahamkan, kejadian tu berlaku semasa konsert countdown tahun baru, Gempita 2019 di Indonesia pada Isnin lepas (31 Disember 2018).

Sumber: Instagram

Ariel tengah menyanyikan lagu Kukatakan Dengan Indah dan telah mengajak gadis tu naik ke atas pentas. Kalau nak tahu, gadis tu sebenarnya adalah adik kepada pelakon, Eira Syazira. Rupa-rupanya dia berada dekat konsert tu untuk beri sokongan kepada Eira yang turut buat persembahan pada malam tu. Rakaman video yang dimuat naik dekat Twitter tu sebenarnya dari Instagram Eira sendiri tapi difahamkan telah pun dipadam.

Dari video tu, Ariel dilihat tengah bernyanyi sambil pegang tangan adik Eira yang bernama Syainie Aida tu. Habis je persembahan, Syainie terus menghampiri Ariel sebelum dia terus cium pipi dan pelukpenyanyi berusia 37 tahun tu.

Satu Instagram page Indonesia pun ada upload video tu dan boleh dilihat adik Eira macam kena histeria sampai terus ‘terkam’ si Ariel waktu tengah nyanyi atas pentas.

Sumber: Instagram

Ramai netizen Indonesia yang cemburu dengan Syainie sebab dapat pegang tangan dan peluk Ariel. Netizen kita pula, jangan cakap lah kan. Mestilah tak suka dan kecam!

“Kapan gue bisa peluk bang Ariel, sumpah ganteng banget lu bang.”

“Aku juga mau. Ganteng sekali bang Ariel.”

“Kemain adik Eira peluk cium Ariel. Time kpop dulu korang bising sangat kan? Kali ini senyap pula.”

“Weh sedihnya. Sedap dia je peluk cium Ariel ishhh!”

sumber: Lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *